Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Glamor bukan lagi keutamaan Hans

HANS ISAAC dan Gabrielle Robinson.
HANS ISAAC

PADA tahap dan kedudukan hari ini, aktor dan penerbit terkenal, Datuk Hans Isaac menegaskan, zaman untuk dia mengecap populariti sudah berakhir.

Sudah sampai masanya, kata Hans, ruang-ruang untuk mengaut kemasyhuran dan populariti diserahkan kepada artis generasi baharu.

Tempoh dua dekad bergelumang dalam industri seni kreatif bukanlah satu masa yang singkat baginya dan selama itu juga sudah pelbagai kejayaan yang diraih hingga pada akhirnya Hans memilih untuk duduk di belakang tabir.

“Cukuplah saya dalam industri (glamor), saya pun sudah matang dan sudah masanya untuk saya ‘memberi’ pula kepada orang luar.

“Saya nak fokus kepada perkara yang lebih positif. Untuk berlakon dan kejar populariti, saya rasa waktu itu sudah berlalu buat saya,” katanya.

Selepas puas berlakon, anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu kini ingin mendekati pelajar universiti sebagai satu inisiatif baktinya kepada masyarakat.

“Dari dulu lagi sasaran saya nak didik anak muda untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang ada. Berdasarkan pemerhatian, saya lihat ramai yang mengeluh dan merungut tentang negara dan kekurangan dalam hidup.

“Saya terpanggil untuk membuang tanggapan negatif anak muda dan beri motivasi kepada golongan ini agar jangan ada sikap sedemikian,” ujarnya.

Tambah Hans lagi, dia akan menjelajah sebanyak 13 buah universiti di setiap negeri yang dijadualkan bermula pertengahan September depan.

“Kalau tiada aral, program ini akan dijalankan pada minggu kedua September. Ceramah selama dua jam ini percuma kepada pelajar universiti.

“Selain saya sendiri yang akan mendekati para pelajar, kami bawakan juga seramai 12 selebriti untuk turut serta menghiburkan mereka nanti.

“Pelbagai pengisian akan diisi antaranya sketsa, konsert, ceramah motivasi dan banyak lagi aktiviti menarik. Semua ini akan diadakan di kampus terpilih,” kongsinya.

Tunda tarikh kahwin

KESEMPATAN bertemu Hans turut memberi peluang kepada penulis bertanya mengenai keputusannya menunda tarikh pernikahan yang asalnya dijadual berlangsung pada 29 Julai ini.

Pada tarikh berkenaan, Hans merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan tunangnya, Gabrielle Robinson.

Namun pasangan sama cantik dan sama padan itu terpaksa menunda hari bersejarah mereka ke satu tarikh lain demi memastikan seluruh ahli keluarga turut berada pada hari penting berkenaan.

Penundaan itu bukanlah kerana masalah daripada pihak lain tetapi disebabkan bakal bapa mertuanya tidak dapat pulang ke Malaysia atas urusan kerja.

“Bapa Gabrielle terikat kontrak kerja di Austria dan kami pun baru dapat tahu tarikh berkenaan dia tak dapat berada di Malaysia.

“Memikirkan hal itu, kami sepakat untuk menunda majlis perkahwinan untuk beberapa bulan lagi. Yang pasti, kami tetap akan kahwin tahun ini juga kerana hampir semua persiapan sudah selesai, hanya berbaki 30 peratus sahaja lagi,” jelasnya.

Ujar Hans, dia tidak menerima sebarang tajaan pada hari bahagianya itu kerana enggan menyusahkan orang lain.

“Saya bekerja bertahun-tahun dan kumpul duit untuk ini (kahwin). Saya tak nak ditaja, kalau nak kahwin guna wang sendiri tak perlu susahkan orang lain.

“Pengurus dan ahli keluarga banyak membantu menyediakan persiapan. Saya tak tetapkan berapa bajetnya tapi mereka akan beritahu saya terlebih dahulu. Saya memang membelanjakan wang sendiri dengan jumlah yang banyak sebab ini majlis sekali seumur hidup. Semua urusan sudah selesai hanya tunggu Gabrielle memilih gaun pengantin daripada pereka fesyen sahaja,” tuturnya yang menanti tarikh baharu daripada pengurusan hotel ekoran penundaan yang dibuat.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan