Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Giliran Elizad buat laporan polis

Elizad
Elizad

TAHAP kesedaran golongan artis terhadap kepentingan undang-undang bagi memastikan keselamatan diri semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Kalau rasa terancam jangan sesekali berdiam diri. Jangan terus biarkan diri dibuli atau ditindas hanya kerana mahu menjaga air muka. Laporkan sahaja kepada polis kerana itu merupakan jalan terbaik daripada terus menjadi mangsa sebarang jenayah.

Terkini Mary Jane dapat tahu yang pelakon drama Papa Ricky, Siti Elizad Sharifuddin turut membuat laporan polis selepas merasakan digugat oleh seseorang yang menyebarkan cerita palsu tentang rumah tangganya.

Pihak yang didakwa rapat dengan Elizad itu khabarnya telah menghebohkan cerita rumah tangga yang konon-kononnya sedang bergolak sedangkan tiada apa-apa yang berlaku.

Ada orang kata, individu itu adalah bekas pembantunya. Ada yang kata tidak, entahlah. Kena tanya Elizad untuk mendapatkan kepastian.

Berbalik kepada cerita Elizad, khabarnya dia dan cik abang kesayangan bersabar. Tapi apa yang dibimbangkan jika perkara yang tidak betul itu lambat laun kemudiannya menjadi bebanan buat mereka pula.

Mana tahan kalau orang luar asyik tanya fakta yang tak betul. Sedangkan mana ada apa-apa yang berlaku di antara Elizad dan suaminya.

Demi kebaikan bersama dan menyelamatkan rumah tangga yang dibina, Elizad tampil membuat laporan polis kerana dia tidak mahu berdepan lagi dengan keadaan yang sama dek angkara individu berkenaan pada masa akan datang.

Mary Jane berdoa agar Elizad tabah dengan dugaan ini. Selesaikan cara matang dengan individu berkenaan. Jangan gaduh-gaduh okey.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan