Nur Fazura 

Si jelita Fazura sudah kembali bercinta. Sekarang ini khabarnya dalam hati dia sudah ada taman semula tau. Sebabnya, semenjak beberapa bulan lalu sudah menjadi ‘milik’ kepada seseorang. Milik tu, bukanlah erti kata sudah berkahwin ke apa. Tetapi hatinya sudah dimiliki lah. Senang cakap, sudah kembali ke alam percintaan yang penuh manis dan manja. Haa, itu pun tak faham ke? Korang pergi masuk sekolah cinta balik, kalau benda macam itu pun ambil masa nak faham. Hehehe!

Wow, patutlah semakin cantik dan berseri-seri wajah pelakon yang seorang ini. Dalam sibuk ke sana ke mari dengan agenda seni, kembali bercinta rupanya. Tahniah sebesar gunung Himalaya daripada Mary Jane buat Faz yang molek.

Tentu ada yang bertanya, siapakah cinta hati terkini Faz? Siapa, oh siapa. Jeng! Jeng! Jeng! Maaflah, Mary Jane tak boleh beritahu di sini, kena simpan jadi rahsia dulu. Tunggu Mary Jane mengadap Faz dahulu ya, kemudian baru boleh cerita panjang lebar bab ini.

Apa sekali pun, Fazura yang Mary Jane kenali artis yang sangat mudah memberikan kerjasama. Orang kata, bukan sejenis artis yang kuat propa, sebab itu dia berada dalam kelas tersendiri. Kalau ya, dia akan kata ya, kalau tidak, dia akan mengaku tidak. Kalau dia suka, dia akan kata dia suka, tetapi jikalau tak suka, dia akan tunjuk dia punya rasa tak ‘kuasa’ tu, depan itu juga.

Eloklah tu, Mary Jane tumpang gembira dengan khabar baharu yang masih merah ini. Dalam usia sekarang, rasanya sudah sampai masa untuk Faz bertemu dengan seorang lelaki yang betul-betul menyayangi dirinya dan membina rumah tangga yang bahagia. Mary Jane doakan yang baik-baik sahaja buat Faz dan kekasih hatinya yang punyalah kacak dan bergaya itu. Opsss!