Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Faizal pilih irama dangdut

KUALA LUMPUR 3 MAC 2016 - Photoshoot artis baru, Faizal Zain di 2
Faizal Zain

TIDAK pernah menganggap irama dangdut akan mati membuatkan pendatang baharu yang mahu dikenali dengan nama Faizal Zain yakin dengan langkah yang diambil.

Tambah lelaki yang berusia 37 tahun ini, dia acapkali ditanya tentang hala tujunya yang mahu menyanyikan lagu dangdut meskipun sedar kebanyakan stesen radio dan televisyen enggan memutarkan lagu begitu.

Jika ada sekalipun, hanya lagu-lagu dangdut penyanyi lama yang benar-benar popular walaupun tidak terlalu kerap seperti yang pernah dikecapi mereka sekitar tahun 1990-an.

Baginya kelompok peminat irama dangdut tidak pernah ‘mati’ dan mereka masih diterima baik sehingga hari ini.

“Mungkin bagi segelintir pihak menganggap dangdut bukan lagi genre utama yang harus diberikan perhatian. Tapi kebanyakan lagu dangdut masih ada kelompok peminat dan mereka sentiasa menerima lagu-lagu baharu yang diperdengarkan.

“Betul kebanyakan stesen radio tidak banyak memberikan sokongan tetapi kalau terlibat dalam persembahan di luar, pasti menambahkan seri dan menaikkan mood pengunjung.

“Peminat masih menerima baik lagu-lagu begini setiap kali saya mengadakan persembahan. Itu sudah cukup membuatkan saya yakin yang hala tuju saya,” kata Faizal yang kini giat mempromosikan single berjudul Penangan Cinta.

Mengakui minat terhadap bidang dangdut sudah subur sejak belasan tahun lalu, dia hanya menunggu peluang untuk merakamkan lagu tersebut bila tiba masa yang sesuai.

Tidak hanya boleh menyanyikan lagu-lagu berentak dangdut sahaja, Faizal juga mampu menyanyikan lagu bergenre lain dengan baik mengikut kesesuaian majlis.

Terdahulu, lelaki ini juga pernah merakamkan lagi bertemakan Hari Raya dengan Rohana Jalil berjudul Nuansa Aidilfitri dan lagu Murrakab Rinduan dengan Salwa Abdul Rahman beberapa tahun lalu.

“Kedua-dua lagu tersebut kurang popular memandangkan kedua-duanya bertemakan Lebaran. Tapi saya mampu menarik nafas lega memandangkan segelintir stesen radio masih memutarkan lagu tersebut setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal.

“Insya-Allah, bila tiba masanya lagu tersebut tetap akan diputarkan kembali,” katanya yang berpengalaman luas dalam bidang hiasan dalaman sejak berusia awal 20-an lagi.

Harapan

Mengakui yang kebanyakan penyanyi dangdut hari ini didominasi oleh penyanyi wanita, sebenarnya industri muzik tempatan sudah kekurangan penyanyi lelaki yang hebat seperti yang pernah dilahirkan satu ketika dahulu.

Bagi Faizal, tidak salah untuknya berusaha mengisi kekosongan yang ada dengan memperbaiki setiap kekurangan dan belajar lebih banyak lenggok baharu untuk menyanyikan lagu dangdut dengan baik.

“Seandainya lagu Penangan Cinta tidak mendapat perhatian, saya tetap akan mengeluarkan lagu baharu.

“Mungkin iramanya tidak dangdut tulen tetapi asasnya tetap sama.

" Sebenarnya saya sudah ada beberapa perancangan lain untuk masa depan antaranya berduet dengan penyanyi Sheeda sedikit masa lagi,” tambah bapa kepada dua orang anak ini.

Mengimbas kembali perjalanan Faizal, dia sebenarnya terlibat dalam dunia seni secara tidak sengaja. Sebaik sahaja menamatkan pengajian dalam bidang hiasan dalaman pada 2001, dia hanya menumpukan kepada bidang tersebut sahaja.

Tidak lama kemudian, Faizal bekerjasama dengan beberapa penyanyi termasuk Rohana Jalil dan Jaafar Onn bagi menata rias rumah mereka dan di situlah bermulanya minat untuk menjadi penyanyi secara profesional.

“Mereka banyak membantu saya sebenarnya. Daripada sekadar pelanggan syarikat saya akhirnya menjadi teman rapat. Banyak ilmu yang diperturunkan oleh mereka kepada saya,” katanya yang turut menjadi pengacara untuk rancangan Tamu Seri Aidilfitri untuk siaran Ramadan nanti.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan