Aida tidak tahu bagaimana penyanyi cantik ini boleh terkait. Namun dalam mencari jawapan Aida cuba menghubungi Elizabeth. Mujur si cantik ini seorang yang tenang dan bijak. Jadi, memang mudah untuk Aida bertanyakan soalan mengenai kononnya dia menjadi orang ketiga dalam hubungan Adira dan tunangnya itu.

“Memang bukan saya yang menjadi orang ketiga. Saya juga tidak tahu mengapa saya dikaitkan.

“Soal yang mengatakan saya rapat dengan Shahrul juga tidak benar, kami hanya kenal sahaja,” katanya dengan tegas.

Melihat namanya terkait, Elizabeth yakin tiada apa yang mampu dia lakukan untuk hentikan semua itu. Namun katanya, jika ada yang mahu bukti dia boleh tunjukkan.

“Memanglah sakit hati bila nama saya dikaitkan, tetapi saya ada bukti untuk menjelaskan semua tidak benar,” katanya.

Siap ada bukti ya, apa juga buktinya hanya Elizabeth yang tahu. Jadi jangan main tuduh-tuduh. Sebabnya Elizabeth ini bagi Aida bukan calang-calang gadis. Mustahil dia mahu buat sesuatu yang akan menyebabkan kariernya yang baru mahu bertapak ini musnah.

Tetapi buat masa ini nasihat Aida sudah-sudahlah buat spekulasi liar, sebabnya Adira sendiri masih membisu tentang status hubungannya. Mungkin patutnya kita harapkan yang terbaik sahaja.

[email protected]

Antara satu sebab mengapa nilai populariti seseorang artis itu cepat merudum adalah kerana kurangnya kesedaran dia mengenai kepentingan peminat. Contohnya, sombong dengan peminat, lepas itu agak dingin cara percakapannya senang cerita tidak mesra langsung.

Baru-baru ini ada seorang pembaca akhbar Aida menceritakan sendiri bagaimana seorang artis lelaki ini memilih untuk menjadi eksklusif. Sudahlah tidak suka bersembang dengan orang di sekelilingnya, malah sering menimbulkan keadaan tidak selesa pula.

Kata pembaca ini, dia sebenarnya tidaklah minat sangat dengan si dia ini, tetapi sudah namanya artis tidak sangka pula ada yang berperangai sebegini. Sudahlah tidak berapa relevan lagi dalam industri boleh pula kekwat macam itu.

Pembaca ini memang tidak angka artis yang jauh lebih popular pula lebih pandai menjaga hati peminat dari artis yang dianggapnya semakin tenggelam tanpa populariti itu.

Pesan Aida kepada artis begini, mohon muhasabah diri. Sudahlah tidak berapa popular, jadi tidak perlu mempunyai perangai tidak semenggah macam itu.

Kalau ikutkan artis wanita ini sudah mempunyai sebuah keluarga lain, malah memang nampak bahagia sangat dengan suami baharunya itu. Bagaimanapun mendengar kisah yang berlaku di sebalik wajah bahagianya sangat mengejutkan Aida. Cerita seorang teman yang dahulunya baik dengan artis wanita ini, dia sangat kasihan dengan kehidupan artis wanita itu yang padanya sungguh perit.

Memandangkan suami artis wanita ini tidak mempunyai punca pendapatan yang tetap, makanya si artis inilah yang kena bekerja untuk menampung kehidupan keluarga. Tidak cukup dengan itu, kadang-kadang memang dia juga yang menyalurkan wang untuk suami yang sehingga sekarang Aida tidak tahu apa kerjanya si suami artis wanita ini.

Pernah suatu ketika artis ini juga terpaksa meminta bantuan bekas suaminya untuk menyelesaikan beberapa masalah kewangan. Mungkin waktu itu dia juga buntu mahu cari wang, mujur dudanya itu juga seorang yang baik.

Bagaimanapun Aida tidak tahu bagaimana kehidupan artis ini sekarang sebabnya memang agak lama juga tidak kedengaran kisah dirinya. Harap Aida semuanya sudah berubahlah, terutamanya suami artis wanita ini. Rugilah diri kalau suatu hari nanti dia ditinggalkan seorang wanita yang pada Aida cukup penyabar.