Dalam masa yang sama, be­­­­­­­l­iau berharap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk beliau menempuh ujian getir itu.

Menurutnya, buat masa ini beliau lebih selesa untuk mengunci mulut daripada memberikan sebarang komen berhubung pergolakan rumah tangganya.

“Ya saya akui, saya dalam proses untuk bercerai. Cukup setakat ini dahulu kerana saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Berilah saya ruang untuk menyelesaikan semua kekusutan yang melanda ketika ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin mengatakan rumah tangganya sedang bergolak sejak dua minggu lalu.

Hasmiza mendirikan rumah tangga dengan Fairuz pada Ja­nuari 2014.

Beliau akan memaklumkan perkara tersebut kepada peminat bila tiba masanya.

“Saya bersyukur kerana mempunyai anak-anak dan peminat yang sentiasa berada di sisi dalam apa jua keadaan.

“Sokongan daripada mereka inilah membuatkan saya kuat untuk mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan hidup,” ujarnya.