Namun begitu polemik mula melanda saat petikan dalam buku tersebut mula tular di kebanyakan laman sosial sehingga menyebabkan nama pelakon ini dikutuk dan dikecam secara terang-terangan oleh kebanyakan pihak.

Bagaikan satu ledakan bom jangka, nama Fattah semakin diperkatakan. Buku hasil tulisannya juga dipersoalkan termasuklah mempertikaikan peri pentingnya kata-kata yang diungkap menerusi buku tersebut.

Saya tidak patah hati sebenarnya. Dengan siapapun dia dikaitkan, kami tetap berkawan. Kalau boleh saya tak mahu lagi bercakap tentang hal itu. Apa yang boleh saya katakan kami hanya berkawan sebagai seorang kawan saya akan menyokong apa sahaja pilihan dalam hidup mahupun kerjayanya.

“Tiada siapa yang suka untuk dikutuk. Apa yang berlaku kepada saya bukan satu yang diinginkan sedangkan tujuan asal saya hanya mahu berkongsi kata-kata positif dengan peminat dan mahu mereka mengambil inspirasi daripada tulisan itu.

“Kalau ada yang tak suka atau bersikap negatif, saya tiada komen. Bagi saya itu hak mereka untuk menilainya. Jika ada yang mengambil kata-kata tersebut sebagai inspirasi, tentu sekali saya gembira,” ungkap Fattah mengulas tentang isu yang sedang hangat diperkatakan kini.

Pastinya kecaman yang diterima oleh lelaki ini benar-benar merenggut hati sesiapa sahaja. Niat baiknya untuk berkongsi kata-kata positif bagaikan tidak diterima oleh segelintir pihak termasuklah rakan artis yang turut menyindirnya melalui laman sosial masing-masing.

Tidak berkecil hati jauh sekali marah dengan tindakan mereka, pelakon yang popular dengan drama Hello Mr. Perfect ini menganggap semua itu adalah dugaan yang harus dilaluinya.

“Saya tidak mahu memberikan komen tentang mereka yang menyindir saya. Apa yang dilakukan dengan niat yang baik untuk memberikan inspirasi kepada peminat untuk berjaya pada masa hadapan.

“Tentu sekali saya juga bermula daripada kosong. Setiap hari saya belajar banyak perkara baharu untuk berjaya. Jadi kata-kata yang ditulis sebenarnya adalah inspirasi kepada mereka untuk berjaya.

“Jangan membaca sekali sahaja. Sebaliknya mereka perlu berfikir dua kali dengan apa yang ditulis. Insya-Allah sesiapa sahaja mampu untuk mengubah nasib mereka menjadi lebih baik,” pesan Fattah penuh makna.

Ditanya tentang kecaman yang diterima daripada seorang pelakon yang turut mempersoalkan penglibatannya sebagai penulis buku, lelaki ini hanya tersenyum menjawab pertanyaan tersebut.“Saya tidak mahu ulas,” ungkap Fattah penuh makna.