Dia wanita kuat

Ezad menyanjungi semangat juang isteri 
yang sentiasa memberi dorongan kepadanya

ezad 2

Kalau sudah jodoh, tidak ke mana. Itulah pengalaman yang sempat dikongsikan oleh Ezad Lazim atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim.

Perkahwinan Ezad bersama dengan isterinya, Nor Azeana Ramli bukanlah cinta pandang pertama, tetapi atas aturan keluarga. Pengalaman sama kedua-dua pasangan ini setelah gagal membina masjid dengan idaman hati sebelum ini, menjadi titik tolak pertemuan mereka.

Jelas Ezad, dia sendiri pada awalnya tidak mengetahui siapa gerangan wanita yang bakal ditemui.

Malah, Azeana sendiri secara peribadi tidak mengenali Ezad. Sebaliknya hanya mengetahui tentang jejaka itu melalui pembacaannya di media massa.

Mengimbas kembali pertemuan pertama mereka, Ezad ketika itu baru sahaja selesai mengadakan sebuah persembahan di luar ibu kota.

Sesampainya di Kuala Lumpur, Azeana
 yang bertanggungjawab membawa Ezad pulang dan itulah detik pertama pertemuan mereka.

“Pertama kali bersua, banyak perkara yang kami bualkan tentang hal diri masing-masing. Masa bersembang itu, barulah saya tahu Azeana pernah berlakon dalam filem Mami Jarum.

“Ketika itu, saya juga ada berlakon tetapi rupanya adegan kami tidak sama dan itu yang buat kami tidak pernah berjumpa di set penggambaran,” jelasnya.

Bermula daripada situ, hubungan mereka berlanjutan hingga lima bulan dan akhirnya berkahwin pada penghujung bulan Mac, 2013.

Tambah Ezad, cerita cinta mereka banyak bermula selepas perkahwinan walaupun pada mulanya agak kekok.

“Selepas berkahwin, beberapa bulan kemudian kami dikurniakan zuriat dan itu yang membuatkan hubungan kami bertambah rapat sehinggalah kini,” jelasnya.

Berkongsi cerita mengenai peribadi Ezad, jelas isterinya, jejaka itu bukanlah seorang yang romantis.

“Walaupun sikap dia tidak romantik, tetapi dia akan cuba untuk menunjukkan kasih sayangnya melalui cara lain.

“Sikap itu yang buat saya rasa sentiasa dekat dengannya biarpun ada dugaan yang terpaksa dihadapi oleh kami,” jelasnya.

 

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati