Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dia sangat keterlaluan! Saya marah!

Kuala Lumpur 21 April 2017 FOTOGRAFI bersama Farahdhiya di Studio
Farahdhiya

SEBAGAI wanita dewasa apatah lagi belum berkahwin, sudah tentulah tidak manis jika menerima kiriman gambar lucah daripada pihak tidak bertanggungjawab sebagai tatapan kerana yang jelas tindakan sebegitu di luar norma masyarakat.

Walaupun Farahdhiya berdarah kacukan Barat yang rata-rata orangnya berfikiran terbuka dan ‘okay’ untuk cara penghidupan bebas namun cara sebegitu bukan wanita berusia 33 tahun ini.

Sememangnya penyanyi lagu Bertakhta Di Hati menolak sekeras-kerasnya gaya hidup sebegitu malah sangat sensitif jika ada godaan menjurus ke arah kerosakan akhlak dan keruntuhan moral.

“Memang saya terbuka dalam semua perkara tapi dalam soal berkongsi gambar barang sulit sendiri, itu sudah keterlaluan. Saya bukan jenis perempuan yang suka lihat benda-benda kotor macam itu. Saya perempuan yang bermaruah.

“Walaupun saya belum berkahwin, saya langsung tidak ada keinginan nak melihat barang sulit orang. Sudah pastilah saya marah kalau ada pihak yang sengaja berkongsi gambar sulit mereka itu. Apa tu?

“Jangan ingat saya akan berdiam diri jika terjebak dengan situasi sebegini. Sebaliknya saya akan bersuara lantang tentang perangai tidak senonoh dia itu. Saya yakin budak cerdik tidak akan melakukan kerja kotor sebegini.

“Hanya yang dangkal pemikirannya saja yang sanggup melakukan perkara sebegini,” tegas Farah.

Geram dan amarah itu rupanya bersebab. Luahan itu merujuk kepada pengalaman diri menerima gambar lucah seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Instagram baru-baru ini.

Gambar tidak bermoral tersebut dihantar remaja lelaki berkenaan menerusi kiriman mesej secara langsung kepadanya. Tanpa segan silu, remaja berkenaan melayangkan imej alat sulitnya kepada Farah, walaupun langsung tidak mengenali penyanyi ini.

Selepas meneliti identiti profil, Farah mendapati remaja lelaki itu masih lagi bersekolah.

Tidak berhajat untuk membawa perkara tersebut ke pihak berkuasa, Farah juga tidak memberi sebarang respon selepas menerima kiriman gambar berkenaan. Dia hanya bertindak menyekat akaun remaja lelaki berkenaan sahaja.

Jangan menganggap Farah mengambil mudah atas tindakannya tersebut. Itu adalah cara Farah mengatasi permasalahan yang timbul. Secara langsung dia mahu mengajar golongan tersebut lebih beradab dengan golongan wanita yang tidak dikenali.

“Kalau diikutkan hati, mahu saja saya memuat naik gambar jijik remaja berkenaan di Instagram saya, tunjuk nama dia sekali. Biar satu dunia tahu dengan apa yang dilakukan budak itu. Biar dia malu besar dengan tindak tanduknya.

“Saya juga mahu ibu bapa remaja itu tahu yang anaknya itu tidak sebaik yang disangka. Biarkanlah dia, rasakan. Tapi selepas difikir semula, adakah tindakan saya itu benar-benar dapat mengatasi permasalahan sedia ada.

“Sebab itu saya sekat dia dan sesiapa saja yang buat kerja tak senonoh itu. Ingat orang perempuan ini suka ke kalau terima gambar sulit mereka. Hello, gelilah,” luahnya penuh beremosi sambil berharap tidak akan berdepan dengan situasi yang sama pada masa akan datang.

Bagi mengurangkan penyakit sosial kalangan remaja yang menggunakan media sosial, Farah mahu pihak berkuasa mengenakan syarat kepada golongan tersebut agar dapat menggunakan medium itu dengan lebih berhemah.

Contohnya dengan mengehadkan hanya golongan remaja yang sudah tamat persekolahan sahaja yang dibenarkan membuka akaun di laman sosial adalah antara cara dapat mengatasi permasalahan sedia ada.

Sekurang-kurangnya dapat juga membendung masalah salah guna kemudahan itu yang dilihat semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Membuat perbandingan zaman remaja dirinya dengan sekarang juga kadangkala membuatkan Farah terfikir apa yang bakal berlaku pada masyarakat akan datang.

“Tugas ibu bapa pada hari ini juga mencabar. Mereka tidak boleh lagi bersandar sepenuhnya kepada gajet untuk sama-sama membangunkan pemikiran anak mereka. Campur tangan daripada mereka juga perlu dilakukan.

“Cara ‘gula-gulakan’ darah daging sendiri seawal usia kanak-kanak dengan gajet juga sudah tidak sesuai lagi kerana bimbang wujud kesan kurang mengecewakan berlaku dalam diri si kecil itu bila besar nanti.

“Bila dah mahir dengan alam maya, nanti takut berlaku perkara lain pula. Jadi kesimpulannya tak payahlah orang dewasa nak beri anak-anak bermain gajet dulu.

“Tak salah kalau kita kembali kepada cara didikan ibu bapa terdahulu. Walaupun sedikit konservatif tapi impaknya sangat bermakna bila mereka menjadi seseorang nanti,” jelasnya.

Bagi tidak berterusan menjadi mangsa individu yang rendah akal warasnya, Farah mula menapis senarai pengikutnya selain lebih berhati-hati sebelum memuat naik gambar di medium berkenaan.

Selesa berkongsi rutin hariannya yang gemar memasak dan bersenam di Instagram, Farahdhiya menyifatkan ruangan itu sebagai diari peribadi yang berharga untuk rujukan pada masa akan datang.

Oleh itu, Farah tidak akan berkompromi dengan sikap biadab pengguna Instagram apabila menjadikan ruangan miliknya itu sebagai tempat memburukkan antara satu sama lain.

“Saya sendiri sangat cerewet dalam soal pemilihan gambar yang mahu dimuat naik dalam Instagram. Prinsip hidup saya mudah. Kalau gambar tersebut boleh menimbulkan permasalahan di kemudian hari, baik tak payah muat naik.

“Simpan sajalah untuk tatapan peribadi dan kenangan-kenangan sendiri. Daripada berterusan kita dikutuk orang lain dan menyakitkan hati sendiri, buat apa?

“Cara itu lebih baik daripada nak menjawab kekecohan yang bakal ditimbulkan netizen nanti. Nak-nak golongan wira papan kekunci, mereka memang hebat di alam maya.

“Percaya atau tidak pada zaman serba canggih teknologi maklumat pada hari ini, memang ada banyak penyakit sosial yang timbul dari laman sosial. Benda yang tak ada pun boleh diadakan,” jelasnya.

Sebagai usaha menjadi pengguna laman sosial yang berhemah, Farah mengutamakan perkongsian yang bermanfaat dan boleh dijadikan teladan buat tatapan peminatnya di medium tersebut.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan