Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

‘Dia’ & harapan cinta seorang kekasih

KUALA LUMPUR , 9 JANUARI 2017 - Fotografi Fattah Amin di Stalker 3
i Fattah Amin di Stalker Cafe

BAKAT lakonan pun masih lagi dipertikaikan, kini sudah beralih ke dunia nyanyian. Memang tak menyempat sungguh hendak ke dunia baharu nampaknya, maklum sahajalah orang tengah popular. Itu yang dinamakan pilihan bijaksana.

Sejajar dengan itu, banyak yang mengaitkan cerita baharu, Fattah Amin jadi penyanyi ini sebagai cubaan untuk ambil kesempatan dari kes yang tengah hangat dan heboh diperkatakan kawan dan lawan. Justeru, saat dia melancarkan lagu Wanita Terakhir, semua tumpuan terarah kepadanya. Tentu sahaja konotasi yang menjadi tajuk sedikit sebanyak memberikan gambaran. Oh, lagu dengan lirik yang jelas dan berterus terang itu ditujukan buat wanita bernama Neelofa.

Diterbitkan pada saat-saat hatinya dikatakan sedang berduka ketika episod cinta dia dan Lofa sedang berantakan seketika, lelaki ini punya cara sendiri untuk menjawab kisah tersebut.

“Memang, saya tidak nafikan, lagu itu ditujukan untuk ‘dia’. Apa yang berlaku dan apa yang saya harapkan, lagu ini akan menjadi indah buat kita dan semua,” demikian, katanya, dalam senyum yang mesra.

Enggan menafikan mahupun mengiyakan pertanyaan apakah si ‘dia’ itu adalah Neelofa, lelaki ini hanya tersenyum tanda memberikan jawapan.

Apa yang pasti dia tidak langsung menafikan, kisah di sebaliknya adalah tentang penantian seorang lelaki terhadap wanita kesayangan itu punya kaitan dengan dirinya. Itu juga menjadi suara hati Fattah terhadap insan yang paling disayanginya ketika ini.

“Ya, saya tidak mampu nafikan bahawa lagu itu adalah gambaran hati dan harapan saya juga. Saya akan terus menantikan ‘dia’ sampai bila-bila pun. Cuma buat masa sekarang, jangan tanya saya siapakah si ‘dia’ itu. Belum masanya untuk saya beritahu siapa yang dimaksudkan.

“Cukuplah sekadar saya jelaskan bahawa lagu itu adalah suara hati saya sebagai seorang lelaki. Hanya itu penjelasan yang saya berikan. Apa yang penting peminat sendiri tahu tentang perkara tersebut. Ini yang cuba saya lakukan untuk mengimbangkan segala-galanya, antara peminat dan hubungan saya bersama si ’dia’,” kata Fattah.

Mengakui kisah yang tertulis di dalam lagu berkenaan sebagai cerita dan sebuah pengharapan dirinya, tentu sahaja nama Neelofa tidak dapat lari memandangkan mereka dikatakan sudah kembali menjalinkan semula hubungan. Tentunya umum telah mengetahui yang pasangan drama Suri Hati Mr. Pilot ini mengharungi tempoh sukar hampir sebulan yang lalu akibat beberapa masalah yang tidak didedahkan kepada umum.

Ditanya adakah benar hubungan mereka sudah pulih selepas beberapa hari lagu ini dilancarkan pada 1 Januari lalu, Fattah hanya menyambutnya dengan senyuman.

“Hubungan kami baik-baik sahaja dan masih berkawan. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini. Tentang cerita masa lalu, saya tak mahu ungkit dan tak mahu ulas walaupun saya tahu ramai yang membuat andaian sendiri sekarang ini apabila bercakap soal hubungan kami.

“Kalau nak cakap tentang cerita yang bertebaran, belum tentu semua itu benar! Sekarang semua orang mahu jadi yang pertama mendedahkan sesuatu berita. Tak mengapalah asalkan tidak memberikan kesan buruk kepada kami.

“Daripada terus membuat spekulasi yang belum tentu sahih, baik doakan sahaja kami. Rasanya itu lebih baik,” ungkap lelaki ini lagi.

Ditanya adakah dia sudah bertemu Neelofa yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah, kata pelakon filem KL Special Force itu dia masih belum berkesempatan berbuat demikian. Kelihatan seperti cuba menyembunyikan sesuatu, tetapi jikalau benar sekali pun dia enggan berterus-terang, kita hormatilah kerana keadaan belum mengizinkan.

Kisah peribadi

MENGAKUI apa yang dititipkan Aizat Amdan selaku komposer Wanita Terakhir sebagai gambaran hatinya ketika, segala kisah yang bersarang di dalam hatinya diolah dengan baik oleh komposer muda itu. Ini bagi memberikan gambaran sebenar segala yang tersirat di jiwa lelakinya.

"Banyak orang kata, isi cerita yang ada dalam lagu itu, memang kena dan tepat pada masanya. Tapi saya minta dia ubah beberapa perkara, tukar tajuk juga. Usah melihat pada isu di sebalik lagu ini sahaja, setidaknya saya berbangga mampu mengembangkan cabang seni sendiri,” katanya.

Mengambil kesempatan melancarkan karya tersebut di Amsterdam, Belanda pada permulaan tahun baharu yang lalu, mereka menggunakan aplikasi Facebook (FB Live) sebagai cara memberikan kelainan.

Bagi yang mengikuti perkembangan dunia seni tanah air tentu sahaja dapat melihat sambutan yang diterima di luar jangkaan. Hanya beberapa hari selepas dilancarkan lagu tersebut berjaya berada pada kedudukan teratas carta i-Tunes dan beberapa aplikasi muzik yang lain lagi.

Tidak mahu bersikap hipokrit, suara Fattah amat biasa-biasa sahaja, bagaimanapun kecanggihan teknologi semasa menjadikan ada istimewanya apabila lagu itu bergabung dengan suara si kacak ini. Masih boleh dibaiki untuk masa depan, jika benar mahu serius jadi penyanyi.

Tidak menyangka impak yang diterima begitu dahsyat, tentu sahaja perkara berkenaan menambahkan lagi keyakinan Fattah untuk terus menerobos dunia nyanyian dengan caranya sendiri. Namun begitu, sebagai manusia biasa dia juga tidak dapat lari daripada kritikan peminat yang kurang senang dengan penghasilan lagu tersebut.

Ada yang mempertikai tak kurang juga yang mula melemparkan tuduhan yang dia mengambil kesempatan untuk ‘menjual’ kisah peribadi melalui bidang nyanyian.

Tidak pernah tergugat dengan kata-kata kurang manis tersebut, lelaki yang berusia 27 tahun enggan melayan kritikan yang diterima dan menganggap semua itu hanya asam garam sahaja yang perlu ditempuhi.

“Saya tak mampu nak tutup mulut orang lain! Apa sahaja yang saya buat belum tentu orang lain suka. Asalkan saya tidak menyalahi undang-undang, tidak salah mencuba.

“Memang impian saya sejak dahulu untuk menyanyi dan hanya sekarang barulah terlaksana. Tak mengapalah, saya tetap akan buat apa saya suka dan terus mencapai impian sendiri,” tambah pelakon yang popular dengan drama Hello Mr. Perfect ini lagi.

 

Jangan angkat saya terlalu tinggi 
 

MENJADI antara pelakon lelaki paling popular ketika ini tidak pernah membuatnya lupa diri. Walaupun sering mengelak dengan gelaran yang diberikan oleh kebanyakan peminat, dia masih pandai membawa diri seperti kemunculannya satu ketika dahulu.

“Tolonglah, jangan angkat saya tinggi sangat. Saya jadi risau kalau tidak mampu memenuhi harapan dan impian orang lain,” pohon Fattah dalam nuansa merendah diri.

Menganggap dia masih orang yang sama seperti dahulu meskipun sedang berada di puncak popular, tentu sahaja ‘kemenangan’ yang diraih ketika ini tidak pernah sekalipun menggelapkan matanya.

“ Masih jauh perjalanan saya. Jauh sekali untuk membangga diri dengan apa yang sudah saya capai sekarang. Apa yang penting, saya berharap diri ini akan terus berada pada landasan yang betul,” kata Fattah yang bakal bergandingan bersama dengan Niena Baharun menerusi drama Dia Anak Jeneral yang akan disiarkan di RTM. Selain memegang watak utama dia juga bertindak sebagai Penerbit Eksekutif untuk drama tersebut.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan