Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dendam 15 tahun

Detik 16 April dinantikan selepas sekian lama Ella tidak muncul dalam konsert secara solo

Flashmob bersama Ella, di Matic Jalan Ampang minggu lalu. 3
Flashmob bersama Ella, di Matic Jalan Ampang minggu lalu.

KURANG sebulan sebelum beraksi di Konsert Ella 2016, yang akan berlangsung pada 16 April ini di Stadium Malawati, Shah Alam, Ratu Rock negara, Ella, mahu menggunakan waktu yang ada untuk memantapkan persembahannya dalam segala segi.

Selain menghabiskan masa dalam studio, antara aktiviti wajib yang perlu dia lakukan setiap hari kini adalah latihan di gimnasium selepas berat badannya naik sebanyak 10 Kilogram.

“Tempoh beberapa minggu ini selain akan berada di dalam studio saya juga akan meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam sehari di gimnasium, sebab mahu kurangkan berat badan.

“Kalau ikutkan saya memang seorang yang aktif, tetapi untuk konsert ini perlu jadi lebih cergas dan dalam masa yang sama mahu memastikan pada konsert itu nanti saya mampu membuat persembahan yang terbaik buat peminat,”katanya.

Tidak tahu apa yang menyebabkan berat badannya naik mendadak, kata Ella, ini merupakan pengalaman pertamanya untuk nampak lebih berisi berbanding ramping seperti biasa.

“Saya tidak tahu apa yang menyebabkan berat badan naik mendadak, kata orang sebab bahagia, mungkin juga. Memang tidak selesa sebenarnya, sebab itu saya mahu turunkan berat badan saya kini,” katanya.

Bercakap mengenai pembatalan konsert beberapa rakan artis lain sebelum ini, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 50, tidak melihat perlu untuk dia berkongsi pendapat dalam hal ini.

Jelasnya, ketika bersetuju untuk menjayakan konsert ini apa yang difikirkan dirinya hanyalah untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan baik di atas pentas kelak.

“Kita tidak boleh cakap soal sambutan sahaja, kadang-kadang ada sebab lain yang menyebabkan sesebuah konsert itu dibatalkan.

“Memang pada awalnya saya sendiri ada kegusaran soal sambutan, tetapi ini tidaklah terlalu merunsingkan saya sebabnya apa yang lebih difikirkan adalah bentuk persembahan kelak. Bagaimanapun bila mengetahui tiket sudah terjual lebih 60 peratus, sedikit sebanyak saya lebih tidak sabar sebenarnya,” katanya sambil menambah ini adalah konsert terbesarnya selepas hampir 15 tahun.

Tidak mahu berjanji awal, kata Ella, sudah ada perancangan untuk dia sendiri menjayakan konsert yang sama selepas ini di lokasi berbeza. Bagaimanapun semua ini bergantung kepada kejayaan konsertnya kali ini.

“Saya tidak mahu berjanji dahulu, tetapi idea itu memang ada untuk mengadakan konsert yang sama di lokasi lain pula, tetapi kena tengok keadaan,”katanya.

Enggan terlalu mendedahkan kejutan yang akan dibawakan dalam konsertnya itu, antara yang boleh dikongsi adalah kerjasamanya dengan Lord yang juga teman lama dalam Ella & The Boys .

“Banyak kejutan, tetapi kalau boleh tidak mahu lagi kongsikan sangat, nantikan sahaja. Tetapi konsert kali ini akan menyaksikan saya kembali beraksi dengan Lord, selepas hampir 30 tahun tidak membuat persembahan bersama,” katanya.

Selepas konsert ini juga Ella sudah bersedia untuk melancarkan album terbaharunya. Malah sebelum konsertnya ini diadakan juga dia sudah merancang untuk mengeluarkan satu lagi single.

“Sebenarnya ada dua lagu yang saya akan keluarkan, tetapi sebelum konsert ini kalau boleh mahu keluarkan salah satu dahulu. Dua single ini adalah Abstraksi Hujan dan Ku Sedia, soal album pula memang semuanya sudah siap, selepas konsert ini saya akan kembali beri tumpuan buat album pula,” jelasnya.

Dalam majlis yang sama, Ella turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records apabila acara Flashmob Bersama Ella yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) itu merekodkan kehadiran pemuzik seramai 115 dalam suatu masa.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan