Malah, Writethrough merupakan sebuah blog yang memaparkan penulisan santai, ringan dan mudah difahami untuk mereka yang ingin mendekati Allah S.W.T. Terutamanya bagi mereka yang mudah rasa putus asa dengan rahmat Allah SWT.

SELAIN blog, medium lain yang digunakan untuk mempromosi aktiviti ketuhanan adalah Facebook, Instagram dan Twitter. Melalui kesemua media sosial ini, saya akan berkongsi status-status pendek memohon rahmat Allah SWT.

DI samping menulis blog, saya juga telah menulis sebanyak tujuh buku digital bergenre inspirasi ketuhanan dan bisnes yang dikenali sebagai E-Book BAD.

Mengikut rekod untuk edisi E-Book BAD 2.0, jumlah muat turun mencecah 33,221 dalam masa 26 hari. Buku digital ini mengajar pembaca membina keyakinan untuk berdoa dengan cara berdialog dengan Allah SWT.

Tujuan E-Book adalah supaya kita tidak terlalu menghadkan perhubungan dengan Allah SWT hanya sekadar di atas sejadah atau pada waktu solat. Sebaliknya perhubungan dengan Allah SWT itu penting dilakukan pada bila-bila masa walau di mana sahaja kita berada.

MINAT mendalam terhadap aktiviti dakwah membuatkan Nur Insyirah Shaharin Azhar, 24, tekad mencipta blog sebagai medium berkongsi ilmu agama dan motivasi bersama remaja seusianya.

Lebih dikenali dengan panggilan Insyirah, dia mula terbabit dalam dunia blog sejak enam tahun lalu dengan tujuan berkongsi perkara-perkara ilmiah buat santapan remaja sebaya termasuk peringatan untuk dirinya sendiri.

Bermula dengan berkongsi hasil artikel-artikel tentang remaja daripada blog ILuv.Islam.com, minatnya berkembang kepada penulisan berunsur dakwah dan motivasi diri.

“Apabila saya mula ada keyakinan untuk menulis karya sendiri, saya menulis seperti seolah-olah menulis diari di dalam blog yang mengandungi pengajaran daripada unsur ketuhanan. Saya berkongsi apa yang saya dapat dan lihat ketika saya ada aktiviti di luar dan berjalan-jalan di bandar.

“Tahun demi tahun, penulisan saya semakin baik dari segi penggunaan bahasa Melayu dan kekemasan menghasilkan artikel. Saya mula membina pengaruh dan pengikut untuk membaca penulisan saya,” ujar Insyirah yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Informasi, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Management & Science University (MSU).

Disebabkan masih mencari rentak untuk membina blog yang konsisten, dia kerap memperbaharui penampilan blog sehingga akhirnya memutuskan untuk menggunakan blog Writethrough yang boleh dilayari di www.wrthrough.com sejak Disember 2014.

Walaupun Writethrough baru beroperasi kurang daripada dua bulan, namun Insyirah berjaya menerima kunjungan pelawat kira-kira 500 orang sehari.

Blognya yang bertemakan hitam dan putih tampil ringkas dan mudah dibaca ibarat sebuah buku rujukan oleh pelayar lain.

Kalau ingin tahu lebih lanjut mengenainya, apa kata teruskan membaca ruangan Blogger minggu ini. – DHIYA’ZULHILMI DAUD

Nur Insyirah Shaharin Azhar

Umur: 24 tahun

Asal: Negeri Sembilan

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Informasi, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Management & Science University.

Blog: http://www.wrthrough.com/ (Writethrough)

http://www.teknikbad.com/ (E-Book BAD)

Instagram/Facebook/Twitter: writethrough dan iathewriter