Tidak salah sekiranya ada yang beranggapan dia mencipta nama menerusi kecaman dan kritikan berterusan warganet selama ini.

Namun bagi dirinya, cukuplah 11 tahun dia menjerit sakan dan mencipta kontorversi semata-mata untuk menarik perhatian pengguna untuk mempromosikan produknya.

“Di usia yang semakin matang, saya mahu kehidupan yang lebih tenang. Saya nak jadi baik. Bukan kata saya jahat sebelum ini, cuma saya nak jadi lebih matang.

“Takkan nak jerit sampai ke tua. Sudah banyak masa terbuang, 11 tahun saya kejar populariti. Cukuplah,” katanya.

Tambah usahawan selebriti ini, dia sudah mula kurang memuat naik gambar atau video sensasi dalam media sosial untuk tidak menarik perhatian masyarakat.

“Saya hendak buat sesuatu yang baik dan berfaedah kepada masyarakat. Insya-Allah, saya akan melaksanakan kempen untuk membantu mereka yang dalam kesusahan,” katanya. - UTUSAN ONLINE