Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cinta tidak lagi buat Nazeera teruja

Nazeera
Nazeera

MUNGKIN dalam bab percintaan, nasib masih belum menyebelahi Nazeera Sardi. Hingga ke hari ini, jodohnya masih liat dan belum menunjukkan sebarang petanda bertemu dengan lelaki yang benar-benar menawarkan cinta yang meyakinkan.

Bukan kerana hati wanitanya membeku, atau jenis yang jual mahal jauh sekali cerewet. Semua kategori itu langsung tiada kaitan dengan misi pelakon berusia 31 tahun ini untuk berumah tangga.

Bezanya di sini, Nazeera tidak terlalu memikirkan soal terbabit. Apatah lagi nak menjadikan topik itu sebagai satu isu yang mengaibkan buat seorang wanita bujang sepertinya. Atas alasan itu, Nazeera tak pernah ambil pusing dengan topik menamatkan zaman bujang.

“Pada zaman moden sebegini, orang sekarang dah tak mengata lagi jika ada wanita yang berusia 30-an itu masih belum lagi berkahwin. Umur itu pula hanya dilihat sekadar angka semata-mata.

“Peredaran dunia menyebabkan pemikiran orang pada hari ini semakin maju. Mereka tidak lagi memandang serong wanita ‘tiga siri’ yang belum lagi berkahwin,” kata Nazeera meluahkan pendapat peribadi.

Pun begitu, itu tidak bermakna hati wanitanya sudah membeku dalam soal bercinta. Pelakon drama Bencinta ini masih lagi punya keinginan untuk dicintai dan mencintai seorang lelaki.

Atas sebab yang sama, Nazeera masih membuka pintu hatinya selepas cintanya yang dipupuk selama enam tahun itu kecundang dengan seorang pelawak.

Malah selepas mengambil keputusan untuk berpisah secara aman, Nazeera tidak pernah menyimpan sebarang dendam atau syak wasangka dengan golongan lelaki yang cuba mendekatinya selama ini.

Lagipun kalau diikutkan, siapalah Nazeera yang membuat pengadilan dengan ‘memukul’ sama rata perbuatan bekas kekasihnya itu dengan setiap lelaki yang cuba mendekatinya.

“Saya sudah move on (selepas putus cinta dengan pelawak itu). Dah tutup buku dah. Tak ada apa yang hendak diperkatakan lagi,” katanya ringkas.

Bahkan selepas berakhirnya ‘episod’ itu, Nazeera mengakui dirinya sudah pun bertemu dengan pengganti yang berjaya mencuri hati dan mengubati luka yang dialami.

Pun begitu, Nazeera enggan mendedahkan hubungan baharunya itu kepada umum kerana masing-masing masih dalam peringkat mengenali hati budi.

“Terlalu awal nak berkongsi tentang perkara ini. Lagipun, ‘dia’ bukan sesiapapun pun industri ini, orang biasa saja. Baik tak payah canang apa-apa.

“Nanti akhir-akhir sekali, saya juga yang akan ‘diserang’ bukan. Jadi lebih baik saya diamkan dulu,” kata Nazeera berterus terang.

Menjadikan pengalaman bercinta yang dilalui sebelum ini sebagai iktibar, Nazeera juga enggan terlalu memikirkan pengakhiran cinta dengan si dia sebaliknya berserah kepada takdir Yang Maha Esa.

Ini kerana menurut Nazeera, lebih dia memendamkan perasaan teruja untuk perkara yang satu itu dan hanya menuruti laluan perjalanan hidupnya tanpa ada perasaan apa-apa.

“Bukannya dah tak ada perasaan untuk bercinta, ada. Cuma tak terlalu teruja macam dulu-dulu. Cuma kali ini pendekatannya ‘biasa-biasa’ saja.

“Cuma nak beritahu yang saya adalah jenis wanita yang tanpa cinta pun boleh hidup bahagia,” kata Nazeera penuh makna.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan