Hanez Suraya

Itu yang berlaku pada pasangan Hanez Suraya dan Romie Razin yang menjadi bahan bualan ramai minggu ini.

Mempunyai seorang anak, Puteri Aleesya yang kini berusia 13 bulan, Hanez nyata mengejutkan banyak pihak menerusi tindakannya memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor awal minggu lalu. Sebelum ini ketika dia berkahwin dengan Romie pun, banyak timbul cerita negatif dan kontroversi, sekarang zaman orang ungkit semua sekali lah pula. Tentulah ramai yang masih ingat 'perang’ tiga penjuru antara dia, Romie dan bekas isteri Romie, Liyana Manan yang saling berkait dalam isu keretakan rumahtangga mereka.Ramai yang mula hadir dengan spekulasi termasuk Hanez dikatakan berperang dengan perasaan diri dimana dia mahu kembali ke dalam dunia lakonan sedangkan hal itu tidak dipersetujui oleh suaminya sejak dari awal.

Ia barangkali boleh jadi satu kemungkinan tetapi hanya mereka sahaja yang tahu apa sebenarnya punca kepada keretakan rumahtangga mereka.

Bagaimanapun, di Instagram Rabu lepas, Hanez telah memuatnaik sekeping gambar bersama suami dengan sedikit luahan rasa dan meminta agar semua pihak mendoakan yang baik-baik buat rumahtangga mereka. kenyataan itu juga, Hanez turut memberitahu bahawa dia dan suami masih lagi bahagia. Siap gambar bercium pipi lagi kau. Kelas!

Harap betullah pasangan ini sudah kembali bahagia. Asam garam hidup berkahwin memang macam tu, cuma kenalah banyakkan sabar ya supaya tidak ada pihak yang teraniaya.

Dalam pada itu, isu cerai juga turut menghimpit anak Datuk Chef Wan iaitu Serina Redzuawan yang juga berdepan dengan isu yang sama sebagaimana Hanez.

Dikhabarkan sudah pun memfailkan perceraian baru-baru ini dengan suaminya Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar, Serina sepertimana Hanez juga tidak membuka mulut mengenai punca keretakan rumah tangga mereka.

Kalau tidak silap, keretakan rumah tangga mereka pernah berlaku sebelum ini namun masing-masing cuba mencari jalan penyelesaian apalagi apabila mengenang sudah dikurniakan dua cahaya mata. Jadi, apabila timbul cerita mengenainya sekali lagi, maka ramailah yang terkejut kerana semua orang juga tahu, seboleh-bolehnya Serina sering menunjukkan kebahagiaan mereka hidup sekeluarga pada umum .

Belum mahu berbicara mengenai hal ini, Serina khabarnya cuma akan memberitahu pengesahan mengenai hal ini apabila dia sudah bersedia nanti.