Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cinta pandang pertama

MAWAR dan Raf bersamasama ibu masing-masing pada majlis pertunangan mereka, Jumaat lalu.
MAWAR dan Raf bersama-sama ibu masing-masing pada majlis pertunangan mereka, Jumaat lalu.

“Sejujurnya saya tidak pernah percaya dengan istilah jatuh cinta pada pandangan pertama. Hakikatnya saya salah. Saya dapat merasakan aura unik dalam diri Raf dan cara pembawaan dirinya yang berbeza telah membuatkan saya jatuh hati kepada dirinya.”

Itu kata-kata Mawar Rashid mengenai pilihan hatinya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32, atau Raf yang juga merupakan adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob usai majlis pertunangan mereka pada petang Jumaat lalu yang berlangsung dalam suasana tertutup di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Hanya dihadiri 100 tetamu yang terdiri daripada kalangan keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak, meskipun benih cinta yang disemai itu belum pun sampai setahun namun Mawar yang mula dikenali selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2014/15 itu yakin ciri-ciri lelaki idamannya ada dalam diri Raf.

“Saya berasa kagum dengan pengetahuan agama Raf apatah lagi selepas melihat dia dan abangnya membaca talkin ketika arwah bapa mereka meninggal dunia. Raf seorang lelaki yang sangat penyayang, bertanggungjawab, rendah diri, berpendidikan, sopan tutur kata, menyukai keluarga dan boleh membimbing saya di dunia dan akhirat," katanya yang anggun menyarung persalinan rekaan Cosry berona kuning lembut.

Selain mengabadikan tarikh 7 Julai itu sebagai memori manis juga sebagai memperingati hari ulang tahun kelahiran arwah bapa Raf, Datuk Yaakob Mohammad yang ke 68 tahun.

Mengenai pernikahan dan majlis resepsi, Mawar dan Raf yang akan disatukan sebagai suami isteri pada hujung tahun ini bagaimanapun memberitahu, masih belum ada sebarang tarikh yang diputuskan oleh kedua-dua belah pihak untuk melangsungkan hari bahagia mereka nanti.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan