Namun, nama pun penyanyi sensasi dan popular, berapa lama sangat rahsia itu mampu bertahan. Kini telah berjaya dihidu oleh pihak media dan peminat, Taylor bagaimanapun mengaku lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan hubungannya dengan Joe lantaran mungkin merasa terkesan dengan kisah-kisah lamanya sebelum ini yang sering menjadi perhatian ramai.

Ternyata, selepas seringkali gagal dalam percintaan dengan antaranya bersama Calvin Harris, Harry Styles dan Tom Hiddleton, Taylor menjadi lebih berhati-hati dengan semua pihak dan senang untuk berdiam diri mengenai hal cinta.

Meski dilihat sangat bersederhana dalam aktviti seni termasuk di media sosial sejak beberapa bulan lalu, Taylor bagaimanapun dikesan berada di kampung halamannya di Nashville baru-baru ini bersama Joe sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa dia sudah mempertemukan teman lelakinya itu dengan keluarga.

Menurut sumber, keluarga dan teman-teman Taylor juga sudah merestui hubungan mereka itu dan ia termasuk teman baiknya, penyanyi Selena Gomez.

Dalam satu kenyataan kepada media, Selena memberitahu dia dia tumpang gembira dengan kebahagiaan teman baiknya itu yang kini telah menemui cinta baharu selepas seringkali kecundang dalam alam percintaan.

“Jujurnya, andai dia merasa bahagia, saya juga akan merasa bahagia untuknya.Itu sudah mencukupi bagi saya dan menerusi apa yang saya lihat, hubungan itu sangat serius dan itu adalah satu petanda yang baik.

“Saya pasti mungkin ada di luar sana yang bercakap negatif mengenai Taylor dan Joe yang dianggap sebagai `mangsa cinta’ terbaru oleh Taylor, tetapi itu semua tidak penting kerana dia adalah sahabat saya dan hanya kami yang tahu apa yang sebenarnya berlaku,”katanya.

Dalam pada itu, Taylor juga dikatakan sudah merancang untuk membeli kediaman bersama Joe selepas dikesan sibuk mencari hartanah di London baru-baru ini.