Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cerai jalan terbaik – Serina

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Pelakon Serina Redzuawan menganggap perceraian yang berlaku di antara dia dan bekas suami­nya, Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar adalah jalan terbaik untuk mereka berdua.

SERINA REDZUAWAN dan Salahudin Ghafar hadir di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

Kata Serina, 34, tinggal berasingan selama dua tahun, dia sudah menerima pengakhiran rumah tangga tersebut dengan hati yang tenang dan terbuka.

“Tentang hak penjagaan anak-anak, buat sementara kami akan sama-sama menjaga mereka. Tambahan pula, saya tidak sibuk di sebelah siang kerana tidak bekerja pada waktu pejabat.

“Saya dan Gavin tidak mahu bergaduh. Selepas ini kami akan membesarkan anak bersama-sama, memberi kasih-sayang dan ajaran agama Islam secukupnya buat mereka.

“Saya tidak mahu memberi komen berlebihan mengenai soal ini kerana ia isu sensitif. Lagi pula ada hati yang perlu saya jaga. Apa pun, tunggu sahaja berita dan tindakan seterusnya nanti,” kata Serina ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Melalui perkahwinan pada 2010 itu, Serina dan Gavin dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Tristan Tareef, 6, dan Isabella Saffiya, 5.

Mengenai luahan hati Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan yang agak lantang bersuara mengenai perceraian tersebut, Serina sedar yang bapanya itu agak risau mengenai masa depannya selaku ibu tunggal.

“Papa dan mama banyak memberi semangat dan nasihat kepada saya. Mama juga ibu tunggal dan dia sangat positif yang saya akan bahagia satu hari nanti.

“Walaupun papa lantang dalam menyuarakan pandangannya di media sosial dan membuatkan saya sedikit tertekan, tetapi saya bersabar kerana faham seorang ayah pastinya akan risau pada anak perem­puannya dan mahu melihat dia bahagia.

“Saya mendapat ke­ku­atan untuk bercerai selepas dua tahun de­ngan banyak bertanya kepada kawan-ka­wan yang mempunyai pengalaman yang serupa. Rupanya di luar sana ada ramai lagi senasib de­ngan saya dan melalui hidup yang derita serta perit.

“Jadi, saya tekad untuk berpisah dan meneruskan hidup yang baharu,” kata Serina lagi.

Mengenai masa depannya, menurut Serina, dia sudah me­rancang untuk memperkukuhkan ekonomi dalam bidang perniagaan syiling emas bersama Ijtihad Berhad iaitu yang pertama seumpamanya di dunia.

Dia turut dilantik sebagai duta barangan kemas dan produk kopi.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan