Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cassidy mahu dengan lelaki Melayu

KEGAGALAN dalam alam percintaan dengan seorang pemuda Melayu kelahiran Singapura lima tahun lalu nyata tidak pernah memudarkan semangat Cassidy Anderson, 29, untuk kembali menjalinkan hubungan dengan lelaki keturunan yang sama.

 Cassidy

Mengakui hatinya masih tertarik dengan kebaikan jejaka Melayu menerusi pengalaman dalam percintaan terdahulu, Cassidy juga tidak pernah prejudis terhadap lelaki berdasarkan latar belakang kaum mereka.

“Kalau orang kata lelaki Inggeris itu lebih romantik daripada lelaki kelahiran negara lain, saya tidak percaya. Pengalaman saya dengan pemuda Melayu dari Kota Singa itu sudah membuktikan kenyataan itu sebenarnya salah.

“Bekas kekasih saya itu juga seorang lelaki yang penuh dengan kejutan. Tidak pernah sekali pun dia membosankan saya kerana setiap tingkah laku yang dibuat amat menyenangkan.

“Saya juga terbuai-buai dengan setiap kata-kata azimat yang terkeluar di mulutnya yang mampu membikin hati wanita saya goncang. Pendek kata, saya betul-betul jatuh cinta dengan dia dan mahu hubungan itu berakhir dengan pengakhiran yang bagus.

“Malangnya tidak boleh. Ada banyak perkara yang mengganggu hubungan kami itu. Akhirnya saya mengalah walaupun hati saya ini sebenarnya tidak rela dengan perpisahan itu,” kata Cassidy berkongsi kisah cintanya yang lalu.

Percintaan dengan pemuda berkenaan itu berlangsung ketika Cassidy bekerja di sebuah taman tema di Singapura selama tiga tahun sebelum dia pulang ke negara kelahirannya di Australia.

Meskipun cintanya dengan pemuda Melayu tidak kesampaian namun Cassidy tidak pernah memadamkan rasa teruja untuk mendalami keindahan bahasa Melayu yang dikagumi selama ini.

Bahkan Cassidy ‘berguru’ dengan seorang rakannya di negara kanggaru itu semata-mata bagi memperkukuhkan lagi bahasa Melayu dan memahirkan lagi penggunaan ayat dan perbendaharaan kata.

“Dalam hal rasa cinta terhadap bahasa Melayu ini, saya tidak pernah berdendam dengan bekas kekasih selepas putus. Anggap saja jodoh kami tak ada. Tapi itu bukan penamat kepada rasa cinta saya terhadap budaya dan bahasa Melayu.

“Saya tidak pernah berhenti daripada belajar bahasa Malaysia selepas pulang ke Australia. Cari rakan-rakan baharu untuk memahirkan komunikasi dalam bahasa Melayu.

“Masalah besar saya adalah untuk membuang slanga Inggeris ketika bercakap bahasa Melayu. Tapi saya percaya perkara itu dapat diatasi tidak lama lagi,” kata Cassidy lagi.

Nama Cassidy hangat diperkatakan pengguna alam maya selepas memuat naik klip video nyanyiannya berjudul Ombak Rindu di YouTube sekitar 2012 lalu.

Tiga perkara 
menarik tentang Cassidy

1. Menjadi pemegang watak Marilyn Monroe ketika bekerja di Universal Studio Singapura disebabkan memiliki wajah dan kulit seperti legenda itu.

2. Sedang belajar menikmati makanan pedas. Buat masa sekarang ini tekaknya masih boleh belum terima sepenuhnya lagi.

3. Sebelum ini, ‘Minah salih’ ini pernah merakamkan lebih 20 judul lagu popular tempatan dan itu membuatkan namanya menjadi tular di media sosial.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan