Itulah kisah cinta yang sempat dikongsikan oleh Naim atau nama sebenarnya Ahmad Aznaim Abdullah bersama dengan Ana Raffali.

Mengingat kembali detik pertemuan itu, jelas Naim, pertama kali bertentang mata, dia tidak kenal langsung dengan Ana.

“Ketika itu saya bersama rakan-rakan dan kumpulan jurugambar memerlukan seorang model.

“Bila cari model itu yang rakan saya perkenalkan dengan Ana dan daripada situ kami mula berkenalan dan hubungan kami hanya sekadar kawan,” jelasnya

Tambah Naim, ketika itu dia tahu Ana sebenarnya sudah mempunyai kekasih dan mereka berkawan selama lebih kurang lima tahun.

Selama lima tahun kami berkawan itu, hubungan kami daripada seorang rakan biasa mula rapat apatah lagi mempunyai minat yang sama.

“Saya minat pada bidang muzik dan Ana juga minat pada benda yang sama. Itu yang hubungan kami bertambah rapat.

“Malah, saya selalu bawanya berjumpa dengan beberapa penggiat industri seni berkenaan dengan muzik.

“Hubungan kami makin rapat. Kami saling kenal satu sama lain dan faham dengan perangai masing-masing. Itu yang buat saya mula jatuh cinta padanya,” katanya.

Tambah Naim, selepas berkawan selama lima tahun, mereka bercinta tetapi selama bercinta itu pun, hubungannya masih sama ibarat teman rapat.

Sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk berkahwin pada tanggal 25 Februari 2012, mereka sah bergelar suami isteri.

Menambah bicara, jelas Ana, hatinya terbuka menerima Naim yang dianggap ibarat teman karib dalam hidupnya.

“Saya lihat Naim sebagai seorang rakan karib dan proses itu membuat kami saling mengenali hati budi masing-masing,” jelasnya.

Tambah Ana lagi, permulaan itu menjadikan persahabatan mereka sesuatu yang Ikhlas dan akhirnya membawa kepada rasa kasih sayang yang halus.

“Makin lama kenal dia, makin jatuh hati dan itu yang bila saya dilamar oleh Naim, saya terus terima dengan hati terbuka.

“Tambahan pula, kami sedar ketika itu kami saling memerlukan satu sama lain untuk bahagia,” jelasnya.

Detik bahagia bergelar ibu bapa

Tanggal 12 Februari lalu menjadi tarikh istimewa buat pasangan ini apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama, Aaydeen Oumar.

Berkongsi detik indah itu, jelas Naim, bersyukur kerana penantian selama tiga tahun akhirnya diberikan rezeki menimang cahaya mata.

“Bagi saya, selama tiga tahun kami menanti kehadiran cahaya mata itu sebenarnya adalah hikmah buat kami berdua.

“Selama tiga tahun itu, kami sebenarnya diberikan masa untuk berbulan madu dan melakukan pelbagai perkara bersama,” jelasnya.

Tambahnya, bila dikurniakan seorang cahaya mata, waktu itu semakin suntuk dan tumpuan perlu diberikan pada anak.

“Kami memang tidak mempunyai pembantu rumah, jadi segala-galanya kami lakukan sendiri. Itu yang waktu sedikit terbatas.

“Kami bergilir-gilir untuk menjaga anak tetapi cabaran itu yang sebenarnya membahagiakan lagi rumah tangga kami,” jelasnya.

Tambah Ana, sesuatu yang menarik bila berkahwin dan bergelar seorang ibu ialah pengorbanan yang dilakukan sejak bergelar suami lagi.

“Naim sejak kahwin, dia selalu memasak dan menyediakan sarapan pagi untuk saya. Malah, perbuatan itu yang buat saya rasa dihargai dengan penuh kasih sayang.

“Malah, sehingga kini, dia masih menyediakan sarapan untuk saya lebih-lebih lagi sebelum saya mahu ke studio,” jelasnya.

Jelas Ana lagi, hingga kini, dia masih tidak percaya dengan kehadiran permata sulung dalam kehidupannya.

“Memang gembiraan dan bersyukur dengan kehadiran Aaydeen. Aturan masa kini memang sudah semakin sibuk.

“Tetapi saya bertuah kerana Naim dan saya mempunyai waktu kerja yang anjal sekali gus memudahkan kami beri perhatian pada anak,” jelasnya.

Tambah Ana, walaupun tanggungjawabnya kini bertambah, dia sedikit pun tidak rasa terbeban dengan kehidupannya.

“Memang penat kerja dan menjaga anak tetapi kedua-duanya adalah perkara yang saya suka. Jadi tidak ada masalah.

“Malah, rasa penat itu hilang kerana hari kami penuh dengan aktiviti yang menggembirakan kami berdua,” jelasnya.

Detik perkenalan itu hanya sekadar seorang rakan namun siapa sangka, hubungan itu akhirnya bersambung hingga ke jinjang pelamin.