Kuala Lipis, Pahang menjadi saksi, minat yang tiada berbelah menyatukan hati peminat-peminat penyanyi nombor satu Malaysia itu. Menggelarkan diri sebagai Sitizoner, mereka bukti kekuatan seorang anak seni adalah kerana sokongan peminat.

Pengalaman menyertai program Moh Balik Lepih! sempena ulang tahun ke-13 Sitizone akan kekal dalam lubuk ingatan. Bukan sahaja dari Malaysia, peminat Indonesia, Singapura dan Brunei turun padang bersatu hati demi seorang yang bernama Siti Nurhaliza.

Jarang sekali penulis menyaksikan bagaimana ratusan hati menjadi satu hanya kerana cinta yang bukan biasa-biasa. Menjadi sebahagian daripada Sitizoner selama tiga hari di tanah kelahiran penyanyi nombor satu itu, jiwa ini bersorak kagum.

Tangisan suka sering kali jelas terlihat. Wajah teruja setiap daripada mereka melihat kehadiran insan kesayangan mereka membuatkan hati ini terdetik, apakah timbal balas untuk semua itu?

Namun tiada balasan diharap, tiada pulangan kasih diberi. Segala-galanya ikhlas, tulus dari hati. Setiap sorakan, gema nyanyian dan titisan air mata menjadikan pengorbanan mereka anugerah terindah dalam hidup penyanyi itu.

Tiga hari berkampung, pelbagai aktiviti dilakukan. Seperti biasa, ada ‘tali’ perlu diputus, hati antara setiap daripada peserta termasuk pihak media bersatu bersama-sama mengharungi setiap cabaran.

Biarpun hadir untuk melaksana tugas sebagai wartawan namun penulis melihat kesungguhan Sitizoner dalam melaksana cabaran. Jadi mahu tidak mahu, jiwa ini turut sama berjuang merebut kejuaraan.

Paling menarik, peserta juga diberi peluang menelusuri sejarah kehidupan Siti Nurhaliza sebelum dia bergelar seorang penyanyi. Bermula dari rumah penyanyi itu, peserta dibawa mengenali insan seni berhati mulia itu.

Malah peserta juga dicabar menjejaki Siti Nurhaliza yang menyorok di dalam kelasnya ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Paling mengharukan, penyanyi itu sanggup menyorok di bawah meja semata-mata untuk menghiburkan hati peminatnya.

Pelantun lagu Cindai ini juga menyertai setiap aktiviti sukan kampung yang diadakan. Bayangkan dia sama-sama berlari di dalam guni, memukul kelapa dengan kayu hoki, malah mencangkung di atas batu bata demi memuaskan hati peminatnya.

Kerana itu, dia masih unggul berada di puncak seni, belum berganti. Peminat juga berpeluang merasa air tangan penyanyi ini apabila dia memasak spageti bolognese untuk santapan kesemua peminatnya.

Acara persembahan malam gala juga tidak kurang hebatnya. Setiap kumpulan mentafsirkan sayang menerusi persembahan yang berjaya membuatkan penyanyi itu tidak kering gusi.

Malah Siti Nurhaliza juga menghadiahkan peminatnya dengan persembahan duet dengan ibunya, Siti Salmah Bachik menerusi lagi Bisikan Hati. Ternyata, nyanyian itu menyentuh hati setiap peminat yang hadir.

Jika mahu dirangkumkan setiap aktiviti, satu novel boleh ditulis. Apa yang pasti, jika anda berenang dalam lautan kasih Sitizoner, pastinya akan lemas dalam pelukan jiwa yang utuh tiada berpenghujung.

Terima kasih untuk pengalaman yang sungguh luar biasa. Terima kasih kerana berkongsi senyuman dan juga tangisan. Terima kasih kerana membuktikan cinta Sitizoner bukan sekadar di atas kertas.

....................................................

Gambar ihsan SITI NURHALIZA PRODUTION (RASAFILM)

CINTA itu boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna tetapi cinta yang satu ini indahnya sungguh luar biasa. Teguh akar mencengkam bumi, itulah ibaratnya utuh kasih mengikat cinta peminat dan Datuk Siti Nurhaliza.

Kuala Lipis, Pahang menjadi saksi, minat yang tiada berbelah menyatukan hati peminat penyanyi nombor satu Malaysia itu. Menggelarkan diri sebagai Sitizoner, mereka bukti kekuatan seorang anak seni adalah kerana sokongan peminat.

Pengalaman menyertai program Moh Balik Lepih! sempena ulang tahun ke-13 Sitizone akan kekal dalam lubuk ingatan. Bukan sahaja dari Malaysia, peminat Indonesia, Singapura dan Brunei turun padang bersatu hati demi insan bernama Siti Nurhaliza Tarudin.

Jarang sekali penulis menyaksikan bagaimana ratusan hati menjadi satu hanya kerana cinta yang bukan biasa-biasa. Menjadi sebahagian daripada Sitizoner selama tiga hari di tanah kelahiran penyanyi nombor satu itu, jiwa ini bersorak kagum.

Tangisan suka sering kali jelas terlihat. Wajah teruja setiap daripada mereka melihat kehadiran insan kesayangan mereka membuatkan hati ini terdetik, apakah timbal balas untuk semua itu?

Namun tiada balasan diharap. Segala-galanya ikhlas, tulus dari hati. Setiap sorakan, gema nyanyian dan titisan air mata menjadikan pengorbanan mereka anugerah terindah dalam hidup penyanyi itu.

Tiga hari berkampung, pelbagai aktiviti dilakukan. Seperti biasa, ada ‘tali’ perlu diputus, hati antara setiap daripada peserta termasuk pihak media bersatu bersama-sama mengharungi setiap cabaran.

Biarpun hadir untuk melaksana tugas sebagai wartawan namun penulis melihat kesungguhan Sitizoner dalam melaksana cabaran. Jadi mahu tidak mahu, jiwa ini turut sama berjuang merebut kejuaraan.

Paling menarik, peserta juga diberi peluang menelusuri sejarah kehidupan Siti Nurhaliza sebelum dia bergelar seorang penyanyi. Bermula dari rumah penyanyi itu, peserta dibawa mengenali insan seni berhati mulia itu.

Malah peserta juga dicabar menjejaki Siti Nurhaliza yang menyorok di dalam kelasnya ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Paling mengharukan, penyanyi itu sanggup bersembunyi di bawah meja semata-mata untuk menghiburkan hati peminatnya.

Penyanyi lagu Cindai ini juga menyertai setiap aktiviti sukan kampung yang diadakan. Bayangkan dia sama-sama berlari di dalam guni, memukul kelapa dengan kayu hoki malah mencangkung di atas batu bata demi memuaskan hati peminatnya.

Kerana itu, tidak hairanlah keunggulannya di puncak seni, belum berganti. Peminat juga berpeluang merasa air tangan penyanyi ini apabila dia memasak spageti bolognese untuk santapan peminat yang hadir.

Acara persembahan malam gala juga tidak kurang hebatnya. Setiap kumpulan mentafsirkan sayang menerusi persembahan yang berjaya membuatkan penyanyi itu tidak kering gusi.

Malah Siti Nurhaliza juga menghadiahkan peminatnya dengan persembahan duet dengan ibunya, Siti Salmah Bachik menerusi lagu Bisikan Hati. Nyanyian itu ternyata menyentuh hati setiap peminat yang hadir.

Jika mahu dirangkumkan setiap aktiviti, satu novel boleh ditulis. Yang pasti, jika anda berenang dalam lautan kasih Sitizoner, pastinya akan lemas dalam pelukan jiwa yang utuh tiada berpenghujung.

Terima kasih untuk pengalaman yang sungguh luar biasa. Terima kasih kerana membuktikan cinta Sitizoner bukan sekadar di atas kertas.

.