Pelakon telefilem Wan Peah Balik Beraya itu hanya memberikan respons lucu terhadap kritikan yang bermula apabila dia muncul dalam sebuah rancangan televisyen Ahad lalu dengan mengenakan baju dan skirt yang menampakkan betisnya.

Katanya di dalam sebuah video di media sosial , dirinya boleh menerima kritikan peminat terhadap lakonan, nyanyian malah cara dia mengacara namun dia tidak memahami mengapa netizen tetap memilih untuk mengutuk betisnya.

“Betis besar pun anda semua mahu kutuk ... saya tak faham!” sambil membuat memek muka keliru yang lucu.

Pemenang gelaran Bintang Filem MeleTOP Anugerah MeleTOP Era 2018 itu pada Mac lalu pernah dikutuk netizen kerana memakai seluar yang terlalu ketat dan tidak sesuai untuk tontonan umum dalam sebuah rancangan yang dikendalikannya.

Bagaimanapun, pemegang gelaran Aktres Pilihan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 itu telah memohon maaf kepada para peminatnya dalam satu muat naik Insta Story dan menyatakan dia menerima kutukan itu sebagai satu teguran buat dirinya. - UTUSAN ONLINE