Anzalna Nasir 

Pasangan ini menikmati makan malam romantik dan bergambar dengan membelakangkan pemandangan cantik Eiffel Tower. Anzalna berkongsi detik indah dalam hidupnya dan meluahkan rasa syukur dengan kebahagiaan yang beliau rasai.

Beruntung Anzalna mempunyai seorang suami yang romantis dan sentiasa menghargai isterinya. Bukan senang untuk jumpa lelaki seperti Hanif Zaki ini. Mungkin kalau ada pun, milik orang.

Semenjak mereka berkahwin pada April tahun lalu, Anzalna boleh dikatakan kerap berkongsi gambar-gambar bersama cinta hatinya berserta kapsyen yang sweet. Peminat-peminat Anzalna juga sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga pelakon kesayangan mereka.

Biarpun akaun instagram pelakon jelita ini penuh dengan gambar suaminya, namun rata-rata peminat tidak berasa jelik atau menyampah dengan kemesraan mereka. Malah, komen-komen setiap gambar Anzalna Nasir juga banyak yang positif.

Kan bagus kalau peminat sentiasa memberikan kata-kata positif kepada artis kesayangan mereka ini bukan hanya memenuhi ruang komen laman sosial artis dengan aura-aura negatif dan bahasa-bahasa yang tidak sepatutnya. Bila tulis yang baik-baik, sudah pasti bila orang baca rasa seronok dan membalas komen itu dengan gembira.