Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Berhibur sambil kongsi kisah kejayaan

Apa Berlaku 3

PENGANJURAN sesi diskusi dan ceramah melibatkan individu-individu berpengalaman dalam pelbagai bidang merupakan satu pendekatan ideal yang mampu mencetus semangat kepada generasi muda untuk berjaya dalam bidang diceburi.

Bertepatan dengan itu, 1Malaysia for Youth (1M4U) pada 12 Mac lalu menganjurkan program Reach Out Convention and Celebration 2016 di Alor Gajah, Melaka.

Program tahunan itu telah dihadiri kira-kira 1,000 penonton, rata-rata terdiri daripada generasi muda.

Antara panel jemputan pada acara itu adalah penceramah antarabangsa, Yahya Bakar, penyanyi lagu rap, Joe Flizzow dan Sona One serta penerbit, DJ Fuzz.

Ketua Pegawai Eksekutif 1M4U, Rudy Malik dalam kenyataan berkata, penglibatan individu berpengalaman dan berjaya dalam acara seumpama itu adalah penting untuk berkongsi kisah kejayaan bersama generasi pelapis.

“Kami amat gembira kerana program ini berjaya mengetengahkan mereka yang cukup berpengaruh, berkongsi nasihat dan kisah menarik untuk berjaya.

“Selain memberi inspirasi, ia juga diyakini mampu menjadi platform interaksi antara tetamu dengan penceramah. Pada masa sama, acara ini dapat mempromosikan dan meningkatkan penghargaan masyarakat khususnya generasi muda terhadap industri muzik tempatan.

“Acara ini bukan sahaja dapat membakar semangat, malah membentuk corak pemikiran positif dalam kalangan belia,” katanya.

Sementara itu, Yahya yang juga antara penceramah muda antarabangsa cukup disegani berkata, Reach Out Convention and Celebration adalah acara bersifat kreatif yang cukup menghiburkan.

“Ini adalah penglibatan kedua saya dalam acara yang sama. Saya amat berbesar hati dan gembira kerana berpeluang sekali lagi mendekati belia negara ini dan berkongsi tip kejayaan bersama mereka,”ujarnya.

“Saya ingin berterima kasih kepada 1M4U kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk tampil sekali lagi dalam acara ini. Diharap, tetamu yang hadir mendapat manfaat serta input berguna yang boleh diamalkan untuk menempa kejayaan di masa akan datang,” ujarnya

Selain sesi ceramah, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan bertenaga daripada Sona One, Joe Flizzow, Nastia dan Bunkface.

Reach Out Convention and Celebration sebelum ini turut diadakan di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Selangor Sabah dan Sarawak. Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.im4u.my. 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan