Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bapa glamor, penyayang

HAIRUL AZREEN akui populariti Yusuf Iskandar membuatkan anaknya itu menjadi perhatian malah tidak me 4
HAIRUL AZREEN akui populariti Yusuf Iskandar membuatkan anaknya itu menjadi perhatian malah tidak menghalang peminat bergambar dengan permata hatinya itu.

Sebaik menimang cahaya mata sulung, dua aktor bertubuh sasa ini dilihat begitu intim dengan permata hati mereka. Seringkali yang terpapar di laman sosial, mereka bukan sahaja seronok bermain-main dengan anak masing-masing malah mengasuh tanpa rasa kekok.

Perkongsian dan keterujaan mereka terhadap anak masing-masing juga mendapat sorotan dan komen netizen yang rata-rata seronok melihat sikap dan sifat penyayang Hairun Azreen dan Fahrin Ahmad terhadap pengarang jantung mereka, Yusuf Iskandar dan Khalifa Fahrel.

Nyata menggalas tanggungjawab seorang bapa, artis sebenarnya cerminan masyarakat untuk menyebarkan aura positif dan bukan mudah sebenarnya memegang status sebagai suri teladan di mata khalayak.

Hairul Azreen pelindung Yusuf 

DIKURNIAKAN seorang cahaya mata yang popular sedikit sebanyak memberi tekanan buat Hairul Azreen. Situasi tekanan itu hadir apabila dia perlu mengawasi bayi lelakinya, Yusuf Iskandar lebih-lebih lagi dia sudah ‘dapat kaki’.

“Perubahan paling ketara dalam diri saya sejak Yusuf lahir ialah saya jadi seorang yang terlalu protective. Saya senang hilang tumpuan apabila melihat anak mula menangis dan tidak selesa jika terlalu lama berhadapan dengan orang ramai.

“Sebab itulah saya hadkan waktu untuk isteri bawa Yusuf ke mana-mana acara sebab nak elak perkara begitu berlaku.

“Ya, saya dan isteri sudah biasa dengan dunia selebriti tapi tidak bagi Yusuf. Kasihan apabila lihat dia gelisah dan tiba-tiba menangis apabila rasa kurang selesa,” ulas suami kepada Hanis Zalikha ini.

Ketika diminta berkongsi mengenai perangai si anak yang melucukan, dengan bersahaja Hairul menjawab anaknya itu tidak suka dipakaikan lampin dan baju.

“Dia akan menjerit dan menangis macam kena cubit! Setiap kali nak pakaikan dia baju dan lampin, dia akan mengamuk. Agak kelakar jugalah pada awalnya. Walaupun berdepan dengan kesukaran tapi lama kelamaan apabila sudah tahu perangainya begitu, jadi sudah terbiasa,” tuturnya.

Akaun Instagram Yusuf yang mencecah 1.5 juta pengikut sebenarnya membuktikan pengaruh bayi comel ini.

Diajukan pertanyaan apakah sebagai seorang bapa dia terbuka untuk mendedahkan Yusuf kepada orang luar, Hairul Azreen berkata:

“Saya tak nafikan Yusuf memang ramai orang minat dan nak bergambar apabila kami keluar ke mana-mana. Saya tak menghalang mereka untuk bergambar tapi sebagai seorang ayah yang protective saya tegas dengan pendirian untuk tidak memberi orang luar mendukung Yusuf.

“Nak ambil gambar boleh tapi dukung, tak boleh. Bukan apa, saya risau jika Yusuf akan mudah jatuh sakit jadi lebih baik saya cegah.

“Sistem imunisasi dan antibodi pada usia Yusuf sekarang ini belum lagi kuat jadi dia mudah terdedah dengan pelbagai penyakit berjangkit dan saya mahu mengelakkan perkara itu,” jelasnya.

Selesa urus anak sendiri

JIKA selebriti tanah air ada yang terpaksa mengupah pembantu untuk menguruskan kerja rumah dan penjagaan anak dek tuntutan karier namun Hairul, 29, seboleh-bolehnya mahu membesarkan Yusuf sendiri dengan isteri tercinta.

“Walau sesibuk mana pun kami mencari rezeki, saya akan pastikan ada masa untuk anak. Proses tumbesaran bayi sangat cepat dan tak boleh diulang. Sebab itulah saya mahu membesarkan sendiri anak agar tak terlepas menikmati saat-saat dia membesar di depan mata,” terangnya.

Sementara itu, Hairul turut memberitahu, ada menerima pelbagai respons mengenai proses tumbesaran Yusuf yang dilihat agak luar biasa.

“Pada umur Yusuf sembilan bulan, dia sudah pandai berjalan. Memang ramai yang kagum dengan keupayaan Yusuf.

“Saya pun sendiri terkejut sebab kebiasaan umur setahun lebih baru bayi boleh mula berjalan tetapi Yusuf sangat berbeza.

“Ada yang komen di Instagram kenapa anak mereka yang sebaya Yusuf tak sepertinya. Janganlah bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. Setiap perkembangan anak berbeza. Takkan sama dan kalau boleh biar anak-anak berseronok dengan fasa mereka membesar,” ungkapnya.

Fahrin - Fahrel tidak berenggang

Nyata kelahiran bayi berusia sembilan bulan yang diberi nama Khalifa Fahrel itu banyak mengajar Fahrin erti tanggungjawab selain menyuntik semangat untuknya bekerja lebih kuat demi mengukuhkan ekonomi keluarga.

Menurut Fahrin, 38, dia sedar tanggungjawab sebagai seorang bapa itu besar dan melihat perjuangan isterinya, Elena Hani Eleas saat melahirkan bayi sulungnya itu pada 30 September lalu memberikan satu perasaan tersendiri buat dirinya.

“Saya sangat bersyukur apabila Tuhan izinkan saya untuk lihat sendiri proses kelahiran bayi saya. Momen itu terutama ketika nampak kepala bayi ditarik keluar memang satu pengalaman sangat berharga yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata,” kongsinya.

Malah kata aktor ini, mengasuh sendiri permata hati dengan tulang empat kerat lebih memberi kepuasan daripada melihat anak dibesarkan oleh tangan orang lain. Sehinggakan hatinya mudah terusik lebih-lebih lagi jika melibatkan permata hatinya.

“Apabila jadual terlalu padat, saya terpaksa keluar rumah awal pagi dan waktu itu Fahrel masih lagi tidur. Begitu juga bila saya pulang ke rumah lewat malam, anak sudah tidur. Itu membuatkan diri jadi sayu. Betullah orang kata walau sesibuk mana sekali pun dengan kerja, kita tetap akan ingat anak.

“Kerana itu saya selalu memastikan saya meluangkan masa dengan anak sebab orang kata fasa perubahan bayi ini terlalu cepat. Saya tak nak terlepas momen-momen itu,” ujarnya yang mengakui anaknya seorang yang tidak banyak ragam dan mudah dijaga.

Beralih kepada soal keselamatan anak selari dengan indeks statistik jenayah culik yang semakin meruncing di negara kita, Fahrin akui perkara itu yang sangat membimbangkan.

“Sebagai ibu bapa memang kami menitik beratkan soal keselamatan tambahan pula Fahrel jenis yang senang didekati. Kalau ada peminat nak dukung dia, kami akan pastikan dia tidak dibawa jauh dari pandangan mata.

“Saya lihat semakin Fahrel membesar dia sudah mulai faham bahawa ayahnya ini seorang selebriti. Tapi saya dan Elena sentiasa mendidik dia untuk membezakan mana orang yang dikenali dan tak dikenali. Situasi ini sangat penting sebab saya tak nak nanti bila dia sudah boleh berjalan, dia mudah mengikut orang yang tak kenali,” ungkapnya dengan nada serius.

Elak jadi mangsa buli

Seiring perkembangan teknologi, menjadi trend para selebriti untuk membuka akaun laman sosial khusus buat permata hati tersayang. Tujuan mereka bukanlah mahu ‘menjual’ anak tetapi lebih kepada berkongsi proses pembesaran si kecil dengan peminat selain boleh dijadikan kenangan diari bergambar buat si anak.

Walau bagaimanapun, Fahrin mempunyai prinsip dan tegas dengan pendiriannya untuk tidak membuka akaun laman sosial untuk Fahrel.

“Fahrel tak ada Instagram. Semua foto dia kami kongsikan di akaun Instagram saya dan isteri. Buat masa ini saya memang tak akan buka langsung sebarang akaun laman sosial untuk Fahrel.

“Satu hari nanti bila dia membesar, biarlah dia buat keputusan sendiri.

“Saya tak mahu nanti apabila dia membesar dan sudah memasuki alam persekolahan akan timbul masalah apabila orang tahu dia anak seorang selebriti.

“Takut-takut nanti akan berlaku gejala membuli dan sebagainya. Lagipun Fahrel masih kecil untuk faham emosi.

“Kalau dia sudah pandai membaca dan mula melihat komen pengguna laman sosial yang banyak negatif sudah tentu dia tak boleh terima.

“Nanti kami sebagai orang tuanya pula akan dipersalahkan apabila masalah ini timbul. Jadi lebih kami cegah sebelum perkara itu berlaku,” katanya pelakon filem Pilot Cafe itu lagi.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan