Seumur hidupnya, itulah kali pertama kediaman keluarganya itu dinaiki bah hingga menyebabkan mereka sekeluarga perlu memunggah barangan rumah berharga ke tempat yang lebih tinggi.

Lebih menyedihkan lagi apabila bencana alam itu terjadi pada minggu terakhir seminggu sebelum umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri. Sekaligus menghapuskan keindahan dan kemeriahan yang sepatutnya dirasakan pada saat-saat terakhir sebelum takbir Syawal bergema.

“Petang Ramadan sebelum menjelang awal Syawal, hujan langsung tak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Rumah pula terletak berdekatan dengan sungai. Saya dah nampak air sungai semakin meninggi.

“Masa itu saya dan ahli keluarga lain dah putus harap nak beraya sakan. Mana sempat nak buat persiapan. Tak berayalah kami jawabnya,” kata Azlin berkongsi cerita banjir yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.

Biarpun kebiasaannya pada minggu terakhir Syawal itu baju raya sudah siap tersedia, namun ibu, Aziah Jamaludin yang bekerja mengambil upah menjahit baju raya sekeluarga itu tidak punya pilihan lain.

Dia perlu memberi keutamaan pada soal keperluan ahli keluarga dan keselamatan rumah berbanding kehendak diri untuk memastikan lebaran itu berjalan lancar.

Seorang lagi finalis Gadis Panca-NR, Nur Ainaa Azhari, 18, turut terkesan dengan kejadian banjir yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini. Melihat keadaan semua mangsa yang terbabit menyebabkan anak kelahiran Kuala Lumpur ini tersentuh hati.

Lebih-lebih lagi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri tersebut, sudah pastinya fokus mereka turut terjejas atas apa yang berlaku.

“Paparan tentang banjir di Pulau Pinang yang dikongsi di media massa ketika itu menarik minat saya untuk berkongsi kesedihan yang sama mereka lalui. Ada yang terpaksa bersampan dan merentas masuk ke sekolah dengan meja yang disusun, semua itu sungguh menyentuh hati.

“Sebagai pelajar, saya merasakan kebimbangan yang dirasai semua pelajar tersebut. Sebab itu saya sentiasa berdoa agar cepat-cepatlah banjir surut supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa,” ujar pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak ini lagi.

Aina

1. Suka memasak apa jenis juadah. Masakan kampung atau Barat, boleh saja.

2. Takut dengan kucing dan fobia kerana pernah dicakar binatang ini.

3. Seorang mengembara, paling jauh Jepun dan Australia. Baginya, jauh perjalanan luas pemandangan.

4. Ainaa suka yang lasak. 
Semakin mencabar aktiviti itu, lagi dia suka.

5. Kawasan atau tempat sejuk menjadi kegemarannya. Nak cari kelainan, mood juga boleh bertukar jika berada di tempat sejuk.

Azlin

1. Suka menyanyi lagu Datuk Siti Nurhaliza. Judul lagu kegemaran, Kau Kekasihku.

2. Suka berangan depan cermin. Memang ‘layan’ dapat belek muka sendiri sambil berangan.

3. Ada kemahiran silat sebab arwah ayah, Abdul Aziz Mohd. Ali adalah pengasas Silat Helang Putih Malaysia.

4. Peminat muzik. Dulu pernah mahir bermain alat muzik keyboard. Sebab dah lama tak berlatih, jadi lupa.

5. Pengumpul baju warna hitam. Entahlah, memang suka warna ini. Mungkin sebab boleh nampak kurus kot!