Ada suara-suara sumbang di luar sana yang mengatakan tindakannya seperti lupa daratan. Mana taknya dulu melalui sebuah drama episod di rangkaian televisyen itu jugalah namanya mula dikenali dan kini alih-alih dia tak puas hati pula dengan anugerah yang dianjurkan stesen televisyen itu.

Kalau nak diikutkan bukan Ayda seorang sahaja yang tak terpilih bahkan penyanyi hebat seperti Siti Nordiana pun tidak berjaya juga mara ke peringkat akhir. Tapi dia reda sahaja dan menerima segalanya sebagai ketentuan. Cara seperti itu lebih bagus.

Tak pasal-pasal ramai netizen yang mengutuk tak ingat dunia dengan status yang dimuat naik. Kan tak seronok macam tu. Dalam hidup ini tak semua perkara kita akan bernasib baik. Ada perkara kita bagus ada perkara kita kurang bagus. Jadi sila berani terima kenyataan.

Mungkin juga sebab terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi membuatkan kita akan rasa terlalu kecewa jika tidak mampu menggapai nya. Namun semuanya ini sebenarnya adat dalam sesebuah pertandingan. Ada kalah ada menang. Paling penting jangan mudah melatah.

Awak pun masih muda, jauh lagi perjalanan dalam bidang seni. Mungkin boleh cuba lagi pada tahun akan datang. Ada rezeki boleh jadi juara. Siapa tahu, kan? Rezeki semuanya dah di tetapkan. Lagi pula Ayda pun tak kurang hebatnya bukan sahaja menyanyi berlakon pun tip top. Tapi itulah, kalau dah namanya tak ada rezeki cubalah sebaik mana pun tapi tetap tak akan jadi kenyataan juga. Apa pun semoga berjaya!