Baiknya ialah artis akan dianggap oleh segelintir masyarakat sebagai prihatin tentang keadaan dalam negara dengan usaha mempersoalkan tindakan kerajaan.

Pendirian ini turut dapat sokongan daripada beberapa artis lain yang telah mempertahankan hak artis untuk bersuara tentang apa yang berlaku dalam negara kita. Sebaliknya sudah pasti ada ramai lagi yang kurang senang terhadap tindakan ini.

Ada penyokong kerajaan, termasuk pegawai kerajaan dan juga artis yang menyokong parti pemerintah yang akan menganggap tindakan artis itu merupakan satu percubaan untuk memalukan kerajaan yang memerintah. Mereka mungkin akan percaya bahawa artis tersebut mempunyai agenda tersembunyi untuk menolong pembangkang menjatuhkan kerajaan yang memerintah.

 

 

 

KUALA LUMPUR 20 MEI 2016 : Fotografi pelakon Fathia Latif untuk
Fathia Latif 

Ada penyokong kerajaan, dan antara mereka artis dan selebriti juga, yang anggap tindakan artis ini begitu kurang ajar, ada yang memanggil mereka bodoh, dan ada yang lain yang suruh artis tersebut 'pergi jahanam'.

Keadaan ini kurang sihat bagi mana-mana artis. Lebih baik mereka elak mencampur hal-hal berkaitan dengan hal politik. Jika kita mengkritik satu pihak sudah pastinya penyokong pihak lawan mereka akan beri pujian. Tetapi pada masa yang sama penyokong pihak yang dikritik akan kurang senang dan bersuara mengutuk tindakan itu.

Walaupun ada ramai antara mereka merupakan peminat artis itu pada sesuatu masa dahulu, ada kemungkinan besar mereka tidak lagi menyokong kerjaya seni artis itu kerana bidang seni dan politik adalah dua medium berbeza sama sekali.

Dalam minggu yang lepas kita telah menyaksikan pelbagai perbahasan dalam media sosial di mana penyokong kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang, cuba menjatuhkan maruah artis-artis yang menyatakan pendirian politik secara terbuka.

Bagi saya apa yang dilakukan oleh beberapa artis pada pilihan raya lalu adalah tindakan yang paling tepat. Mereka menyertai parti politik kerajaan dan juga pembangkang. Malah ada yang dilantik sebagai calon oleh parti pembangkang dalam pilihan raya umum yang lepas dan bertanding. Dengan itu mereka mempunyai landasan yang betul untuk menegur apa-apa tindakan atau kekurangan dalam kerajaan yang memerintah. Malangnya walau pun mereka telah mencuba sedaya-upaya untuk mencapai kemenangan dan mengharapkan status mereka sebagai artis popular akan menjamin kemenangan dalam pilihan raya, semua artis yang menjadi calon telah kalah dalam pilihan raya dan gagal dalam percubaan mereka untuk menjadi wakil rakyat. Ini membuktikan tiket sebagai artis tidak menjamin peluang kepada anda untuk menjadi pemimpin yang disegani. Untuk mencari pemimpin, kita memilih individu yang mempunyai kualiti kepimpinan yang baik, bukan hanya berteraskan popular semata-mata.