Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Artis baharu perlu bekerja keras – Black

Habiskan masa untuk keluarga

Satu ketika dahulu, ruang untuk memperkenalkan diri sebagai penyanyi banyak dimonopoli oleh syarikat rakaman dan mereka yang rapat dengan dunia seni.

Black 

Tetapi kini dengan kehadiran teknologi sedia ada membuka peluang yang besar untuk sesetengah orang menonjolkan bakat mereka menjadi penyanyi.

Mungkin ada yang beranggapan kehadiran artis baharu ini memberi saingan tersendiri kepada penyanyi yang lebih senior.

Bagi Black, dia akui perkara melibatkan saingan itu tidak wujud sama sekali dalam kalangan penyanyi, baik yang baharu ataupun yang lama.

“Kedatangan artis baharu ini sebenarnya memeriahkan lagi industri seni tempatan dan golongan pelapis ini perlu ada.

“Rakan-rakan artis lain pun akan cakap perkara yang sama. Tidak pernah timbul rasa nak bersaing atau sebagainya,” jelas Black.

Bagi Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, penyanyi lama sudah berada di tahap tersendiri begitu juga dengan penyanyi baharu.

Penyanyi lama sudah mempunyai banyak lagu hit tetapi penyanyi baharu pula perlu bekerja keras untuk terus dikenali dan tidak hanya bergantung hanya satu atau dua lagu popular sahaja.

“Seperti saya, ada beberapa lagu saya yang sudah dikenali ramai tetapi untuk penyanyi baharu, adakah mereka hanya bergantung dengan satu lagu sahaja?

“Sebab itu, mereka kena bekerja keras untuk mencari dan mengeluarkan material yang lebih baik untuk mengukuhkan nama dalam industri seni tempatan.

“Begitu juga dengan kelompok peminat kerana masing-masing mempunyai pengikut tersendiri.

Jadi, tidak timbul rasa cemburu dan sebagainya,” jelasnya.

Sejak awal tahun ini, Black mengakui kerjayanya sibuk dengan pelbagai program sehingga masanya bersama-sama keluarga terhad.

Usai program Mentor, barulah dia berpeluang untuk berehat seketika dan meluangkan masa yang ada dengan keluarga.

“Sejak awal tahun memang saya sibuk dengan pelbagai program. Sejak akhir-akhir ini baru saya berpeluang untuk meluangkan masa dengan mereka.

“Itu pun hanya ada dua ke tiga hari sahaja. Kalau boleh, memang saya bercadang untuk berehat dan membawa keluarga melancong ke luar negara,” jelasnya.

Empat tahun mendirikan rumah tangga, jelas Black, dia yakin keluarga dan isterinya faham dengan waktu kerjanya.

“Semua faham... sementara kita ada kemampuan ini, sudah pasti saya akan lakukan pelbagai perkara.

“Tetapi saya tetapkan, keluarga mesti diutamakan dan itu yang kalau ada cuti satu dua hari pun, saya akan cuba bawa mereka bercuti biarpun ke lokasi yang terdekat seperti Thailand atau Indonesia,” jelasnya.

Black dan isteri, Naquia Yasirah Mohd Khairi mendirikan rumah tangga pada September 2013 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Khaleef Dayyan pada 13 Januari 2015.

Mula tulis lirik

Tampil dengan single baharu berjudul Sakit Ku Rasa, Black akui ini adalah kali pertama dia yakin untuk tampil dengan lirik hasil tulisan sendiri.

Menurutnya, sudah lama dia mengidam untuk menulis lirik tetapi baru kini dia yakin untuk menghasilkannya.

“Bukan saya tidak mahu tulis sebelum ini tetapi kebanyakan lagu yang diterima sudah mempunyai lirik yang cukup baik untuk diubah.

“Tetapi untuk lagu ini, saya minta kebenaran daripada pencipta lagunya, Zul 2by2 untuk menulis sendiri liriknya dan dia benarkan,” katanya.

Menulis lirik lagu ini, Black menjelaskan, kisah yang terdapat dalam lagu ini bukanlah bercerita mengenai kehidupannya.

Sebaliknya, idea untuk lirik tersebut datang daripada rakan-rakannya yang bercerita mengenai kehidupan mereka.

“Sebelum ini kebanyakan lagu-lagu saya bercerita mengenai penghargaan kepada wanita, putus cinta pun banyak tetapi kali ini berkisar mengenai seseorang yang meninggalkan cinta.

“Saya tidak mahu lagi lirik-lirik kekecewaan dalam cinta dan mahukan sesuatu yang baharu. Itu yang terhasil lirik untuk lagu Sakit Ku Rasa,” katanya.

Tambah Black lagi, lagu ini juga menampilkan kelainan dari segi lantunan vokalnya yang menampilkan vokal nota rendah.

“Semua orang tahu kemampuan saya untuk menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi dan tidak ada masalah untuk saya membawakannya.

“Jadi menerusi lagu ini, saya buktikan kepada khalayak kemampuan saya untuk menyanyikan lagu-lagu bernota rendah.

“Itu kelainan dalam lagu ini dan rasanya orang tidak akan jangka saya yang menyanyikan lagu ini kerana nota tinggi hanya di akhir lagu sahaja,” jelasnya.

Lagu Sakit Ku Rasa sudah boleh didengari di laman YouTube Monkey Bone manakala video klip untuk lagu itu akan memulakan penggambaran minggu hadapan.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan