Ditambah pula sebab Ardell kerap berambut pendek saja dah macam tomboi, ramai yang keliru tentang identiti sebenar dia. Rasanya dalam hal ini, dah banyak kali juga empunya diri menegaskan yang dia wanita ‘lurus’, cuma dia suka bergaya ringkas.

Mungkin sebab selama ini Ardell tak pernah buka kisah cintanya dengan lelaki. Itu yang buat orang sangka macam-macam. Tapi sebenarnya, Ardell sengaja memilih untuk tidak mendedahkan hubungan cintanya secara terbuka. Takut kalau ada yang ingat dia menjual cerita peribadi. Itu yang tak seronok itu.

Bagaimanapun dalam berhati-hati menyembunyikan kisah cintanya, dah terbocor pula! Kantoi apabila dia kerap dilihat berkepit di set penggambaran dengan pelakon kacak, Afiq Muiz. Wah, benarkah?

Memang dah tak boleh sembunyi lagi apabila banyak saksi yang melihat mereka bersama di set penggambaran. Punyalah setia menanti Afiq habis shooting, sampai tertidur-tidur si Ardell.

Dalam hal ini, Mary Jane sentiasa menyokong siapa saja pilihan dia. Sudah dewasa, boleh sendiri tentukan mana yang terbaik, okay sajalah. Hei, soal jodoh ini memang hal besar tau, bukan boleh dibuat main-main.

Lagipun apa salahnya Ardell dengan Afiq. Masing-masing single dan tak ada komitmen dengan orang lain. Harap-harap kali ini menjadilah la ye.

Lebih-lebih lagi selepas dengan khabar, Afiq dah bawa Ardell jumpa ibu tercinta baru-baru ini. Perkenalkan bakal menantu ke tu? Ops! Maaflah, tercerita pula di sini, jangan marah tau sebab Kak Mary doakan baik-baik saja untuk hubungan kamu berdua ni...