Jelasnya, dia tidak terkesan de­ngan sebarang spekulasi dan dakwaan yang tersebar di laman-laman sosial berhubung keretakan rumah tangganya.

“Kami okey. Sa­­­ya dan isteri tidak mempunyai masalah. Sa­­ya tidak kisah dengan spekulasi atau dakwaan yang tersebar.

“Dakwaan semua itu saya tak boleh jawab, kerana itu perkara periba­di. Mereka (netizen) tidak tahu apa yang saya lalui,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini, rumah tangga pelakon tersebut didakwa retak berikutan Baizura memuat naik paparan skrin perbualannya dengan pelakon, Rita Rudaini di laman sosial Instagram.

Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli mendirikan rumah tangga dengan Baizura sejak tujuh tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Alehandra Ahmad dan Alaena Ayesha.

Sementara itu, Aqasha berkata, dia selesa untuk tidak berkongsi kisah peri­badinya terutama berhubung rumah tangganya.

“Saya seorang Islam dan lelaki. Saya tahu apa yang saya lakukan. Saya pun tidak suka berkongsi cerita peribadi.

“Bagi saya, tak perlu kita fokus kepada kehidupan peribadi seorang artis. Lebih baik kita fokus kepada kerjaya seni sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aqasha juga memaklumkan dia ti­dak mempunyai sebarang masalah se­kiranya ditawarkan untuk berlakon bersa­ma Rita.

“Saya se­orang yang pro­fesional. Kalau dita­war­­­kan bersama, saya okey sahaja,” katanya.