Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Apa kes Blues Gang?

Tiba-tiba pinda konsert, peminat geram

Ada peminat bengang masih belum mendapat refund ekoran penangguhan 2
Ada peminat bengang masih belum mendapat refund ekoran penangguhan konsert Blues Gang.

Baru-baru ini, Poklip ada menerima satu panggilan. Bunyi suara pemanggil tidak lah marah mana. Mungkin lebih kepada rasa kesal terhadap pe’el sebuah kumpulan legenda, Blues Gang.

Macam ini kisahnya, dia ada membeli dua tiket berharga RM345 setelah bapanya yang merupakan peminat sejati kumpulan itu beria-ria mahu menyaksikan persembahan hebat sempena konsert The Blue JeanS di Istana Budaya, Oktober tahun lalu.

Hati siapa tak gembira apabila dapat melihat depan mata aksi kumpulan kegemarannya, namun tup-tup konsert tersebut terpaksa ‘dipinda’ ke tarikh lain untuk memberi ruang kepada persembahan lain yang turut berlangsung dalam bulan yang sama.

Menurut si polan ini, dia ada menerima e-mel memaklumkan tentang penangguhan konsert tersebut dan pihak penganjur memberi pilihan sama ada untuk mendapatkan semula wang tiket atau terus menunggu.

Mungkin kerana sudah mempunyai perancangan lain, dia memaklumkan mahu mendapatkan semula wang tersebut. Kira ‘refund’ lah, tapi masalahnya sampai ke hari ini duit tersebut masih tidak diterima. Eh apa kes?

Sudah masuk enam bulan menanti macam tunggu bulan jatuh ke riba pula, tapi masih tiada khabar berita daripada pihak penganjur. Telefon tidak diangkat, malah e-mel pun tidak dilayan.

Kata si polan itu lagi, ada peminat yang sudah menerima duit tiket mereka semula, namun, ada juga yang terpaksa menelefon sana sini untuk mendapatkan semula wang mereka semua.

Yelah, biarpun jumlahnya tidak lah sampai beribu-ribu, tapi duit tetap duit eh, Kalau Poklip yang kena, mahu mengamuk. Nasib lah si polan ini lembut dan tenang.

Mungkin pihak penganjur ada masalah dalaman yang menyebabkan mereka sukar betul untuk dihubungi tapi itulah kalau dah enam bulan lamanya, apa yang buat liat betul nak membayar balik.

Kepada pihak penganjur, Poklip harap cepat-cepat lah selesaikan kemelut ini. Bukan apa, kalau pasal duit ini jangan buat main tau!

Solok lada: Ada pereka bising artis tak tahu nak pulang baju! Sudahlah ditaja, tak reti-reti pula nak pulangkan ye? Tapi kalau tengok baju macam pernah nampak artis seorang ini pakai. Tak habis-habis kes dengan baju!

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan