Hebat dalam skala seni masing-masing, Ning Baizura, Ziana Zain dan Noryn Aziz adalah permata seni yang tidak pernah malap apalagi mereka ini punya pengaruh dalam kalangan pemuja tegar.

Memikul julukan sebagai diva barangkali nampak mudah bagi sesetengah pihak namun hakikatnya, tiga diva ini yang juga menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu mengakui, kehidupan mereka juga sama seperti wanita lain.

Pertemuan selepas sidang media sempena minggu setiausaha Queen of The City di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur membolehkan Pancaindera berbicara mengenai status mereka.