Baru sahaja menyambut hari lahirnya pada 16 Januari lepas, Angel yang memiliki tubuh badan menggiurkan walaupun sudah beranak tiga enggan terlalu fokus untuk mencari teman hidup. Dia memilik fokus kepada kerjaya dan keluarga.

Merendah diri dan menganggap dirinya sudah tua, kata Angel, dia cuba mengawal keinginan untuk berkahwin lagi namun tidak pula mengangap pintu hatinya sudah tertutup buat mana-mana lelaki.

“Sekarang saya rasa usia semakin tua dan apa yang saya hajati cuma mahu jalani hidup ini apa adanya dengan baik. Soal kahwin dan jodoh, saya serahkan pada Tuhan kerana siapalah kita untuk menentukan masa depan sendiri,”katanya.

Menurut bekas isteri kepada Steven Rumangkang ini, dia juga dalam masa yang sama sedar kalangan teman-teman rapatnya kerap bertanya mengenai keinginannya untuk mencari pengganti.

“Kalau mereka doakan saya agar bertemu jodoh, ya saya lebih hargai. Kita semua doakan yang baik-baik sahaja ya kerana mudah-mudahan banyak perkara baik akan berlaku pada kita.

“Saya sebenarnya rimas dan pening juga apabila ditanya mengenai hal ini dan tidak tahu nak jawab bagaimana. Doakan saja yang terbaik untuk saya,”katanya.

cuba mengawal keinginan untuk berkahwin lagi namun pintu hatinya belum tertutup buat mana-mana lelaki.