Lisa Surihani ditemui sewaktu pelancaran koleksi Lisa Surihani
LISA SURIHANI ditemui sewaktu pelancaran koleksi Lisa Surihani

Tambahnya, jika kehamilan pertama dahulu berat badannya naik sehingga 30 kilogram (kg), kali ini dia lebih selesa dengan penambahan berat badan hanya 13 kg sahaja.

“Nak kata kawal pemakanan tidak juga, mungkin kali ini (saya) lebih aktif. Tambahan pula menjaga anak.

“Ada perbezaan mengandung kali pertama dan yang kedua antaranya saya lebih faham keadaan tubuh badan saya kali ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi baju raya Lisa Surihani Oleh Jovian Mandagie sebentar tadi.

Sementara itu, Lisa, 31, juga memberitahu, kehamilan keduanya kali ini adalah suatu kejutan.

Memandangkan dia sendiri tidak menyangka bakal hamil selepas melahirkan anak pertama Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015.

“Saya dan Yusry sendiri terkejut sebenarnya apabila disahkan hamil. Untuk hamil kali pertama bukan mudah, jadi apabila diberikan rezeki kali ini tanpa disangka, memang tidak percaya pada mulanya,” katanya yang dijangka bersalin pada April ini.

Lisa dan Yusry yang juga anggota kumpulan KRU dan pengarah berkahwin pada 23 Februari 2012. - UTUSAN ONLINE