Akhirnya 'kantoi'

Ditangkap bersama sejumlah dadah dalam rumah sendiri

KUALA LUMPUR 26 FEBRUARI 2013 - Photoshoot Zamani pada Sidang
Zamani

Melihat susuk tubuh yang melampau kurus, keadaan dirinya yang bagaikan orang tidak terurus setiap kali muncul di depan khalayak, ramai yang sudah dapat mengagak, vokalis seorang ini ‘tahi dadah’.

Cuma, barangkali sebelum ini nasib dia masih baik, makanya belum tertangkap. Namun kira-kira pukul 12.30 tengah malam, Rabu lalu, nasib malang bermula buat penyanyi Gerimis Mengundang itu.

Dia ditangkap bersama dengan sejumlah dadah dalam rumah sendiri, bersama seorang wanita yang dikatakan ‘orang rumah’ penyanyi itu sendiri. Aik, bila pula dia bernikah ni? Nanti kita akan tahu juga, kalau benar mereka punya hubungan.

Sebenarnya, kata Zamani sendiri, sudah lebih 10 tahun dia berkawan dengan najis berkenaan. Mak ai, sebegitu teruk sekali ke?

Joyah tak faham sungguh, bakat yang elok kurniaan Tuhan tidak dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Mengenali Zamani, dia sangat berbakat. Sebab itu kalau untuk persembahan pentas, setakat RM5,000 ke RM8,000 itu harga biasa untuk Zamani yang akan dibayar oleh penganjur. Untuk sekali persembahannya, tak sampai satu jam. Bayangkan kalau dapat tiga atau empat show dalam sebulan? Kalah gaji wartawan cabuk macam Joyah ni tau.

Jadi, apabila sudah diberi rezeki yang sebegitu melimpah, kenapa tidak tahu bersyukur pula? Kenapa hendak memusnahkan diri sendiri pula? Ada yang kata, Zamani berkawan dengan benda haram ini semenjak putus cinta dengan seorang artis popular belasan tahun lalu. Benarkah begitu?

Hmmm, kalau begini keadaannya, si artis popular itu memang bernasib baik sangatlah sebab tak masuk ke dalam kehidupan Zamani, kan? Semoga masih ada sinar untuk masa depan yang baik buat Zamani.

Dia seorang lelaki yang baik, hormat orang dan tidak banyak kerenah, ramai yang sayang kepadanya. Mungkin pusat pemulihan dadah adalah lokasi terbaik untuk dia memulihkan dirinya dan menjadi lelaki yang lebih baik selepas itu. Kita sama-sama mendoakannya.

 

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati