Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Industri hiburan tempatan seringkali menerima kehadiran pelakon kanak-kanak. Terkini yang menjadi tular ialah watak kanak-kanak bernama Buntat yang dilakonkan oleh Muhammad Arif Abdullah, 12.

 Aedy Ashraf 

Tetapi kebanyakan pelakon yang memulakan lakonan sejak kecil seakan-akan tersekat dan tidak boleh lari daripada watak kanak-kanak mahupun remaja biarpun sudah meningkat dewasa.

Persepsi ini diakui oleh pelakon, Aedy Ashraf, 24, yang kini masih ditawarkan watak seperti pelajar sekolah dan seumpamanya.

“Perkara itu selalu terjadi dan saya anggap rezeki daripada Allah. Cuma bermasalah jika saya mahu pelbagaikan watak yang ditawarkan.

“Bagi saya rezeki ada di mana-mana. Hendak kata saya memilih pun tidak juga apatah lagi ini adalah punca pendapatan saya.

“Lagipun saya tidak boleh paksa produksi untuk menawarkan saya menjadi teraju utama sesebuah drama mahupun filem,” katanya.

Terus menerima tawaran klise seperti itu membuatkan Aedy mengambil langkah mengubah penampilannya agar kelihatan lebih matang dengan memilih gaya rambut panjang dan menyimpan misai.

Oleh kerana perubahan imej yang dilakukan, ada segelintir pihak yang sudah tidak mengenalinya sehingga beranggapan Aedy sudah lama tidak muncul dalam industri seni.

“Sudah 16 tahun dalam industri dan ada yang kata kini saya membuat kemunculan semula sedangkan saya tidak pernah ‘keluar’ daripada bidang ini.

“Saya bermula sejak berusia lapan tahun dan hingga kini, saya masih lagi berlakon. Mungkin masyarakat yang tidak sedar dengan kehadiran saya,” katanya yang kali terakhir berlakon filem 10 tahun lalu.

Aedy kini sedang mempromosikan filem seram berjudul Dorm Melati terbitan Metrowealth Pictures.

Kawal cerita kontroversi

Pertengahan tahun lalu, nama Aedy dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Fasha Sandha.

Cerita itu tersebar ketika mereka sama-sama berlakon dalam drama Lara Aishah dan Aedy mengakui terkejut dengan cerita yang berlegar.

Baginya, hubungan dengan Fasha ibarat kakak dan adik apatah lagi mereka sudah mula berlakon bersama-sama sejak dia berusia lapan tahun lagi.

Tidak mahu terus larut dengan kisah-kisah kontroversi sebegitu, jelas Aedy, dia berusaha untuk mengelak perkara sebegitu.

“Saya akui sebagai seorang pelakon memang tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan gosip dan kontroversi tetapi pelakon perlu tahu cara menanganinya,” katanya.

Apa yang dimahukan Aedy ialah impak positif yang diterima hasil daripada kerjanya sebagai seorang pelakon dan bukan daripada kontroversi.

Dia sendiri mengakui sentiasa menjaga diri dan berusaha untuk mengelak daripada terkait dengan sebarang kisah yang boleh menjatuhkan kerjayanya.

“Saya mahu impak yang boleh membangunkan kerjaya saya. Impak hasil gosip dan kontroversi saya tidak mahu,” katanya.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan