Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

‘Kantoi’ di bilik karaoke

Suami Elyana tidak mengetahui kerjayanya hinggalah dia melihat wanita itu menyanyi di kaca televisyen

KELUARGA bahagia. 3
KELUARGA bahagia.

“Dia tidak tahu siapa saya. Malah, dia tidak tahu pun saya seorang penyanyi.”

Itu yang diungkapkan oleh penyanyi dan pelakon, Elyana saat berkongsi detik perkenalan antara dia dan suami, Khairul Anuar Husin.

Segalanya bermula ketika rakannya meminta dia untuk menemaninya pergi temuduga di sebuah restoran Jepun milik Khairul ketika itu.

Pada mulanya, agak keberatan untuk Elyana, apatah lagi ketika itu sudah pukul 1 pagi dan kebetulan hanya waktu itu Khairul tidak sibuk dengan perniagaan.

“Kedai makanan Jepun itu dibuka hingga pukul 3 pagi. Mereka suruh datang pukul 1 sebab waktu itu keadaan pelanggan sudah agak reda.

“Saya gigihkan diri untuk temankan rakan saya kerana waktu itu dia tidak memiliki kenderaan untuk pergi ke sana,” jelasnya.

Sewaktu sesi temuduga itu, Khairul telah bertanyakan tentang Elyana.

“Waktu itu, saya tidak cakap saya seorang penyanyi. Dia pula memang langsung tidak kenal saya.

“Malah, dia sempat memberi tawaran kepada saya sama ada mahu bekerja sebagai cashier di kedainya atau tidak,” jelasnya.

Rasa hati Elyana ketika itu mula menyampah terhadap lelaki itu, apatah lagi tidak mengenalinya sebagai seorang artis.

Namun, daripada benci itu bertukar menjadi rakan selepas hampir setiap hari bertemu.

“Ketika itu, saya selalu ambil kawan saya pulang bekerja. Jadi kami selalu terserempak dan dia banyak bergurau dengan saya.

“Itu yang membuatkan rasa benci itu makin berkurangan dan kami mula bertukar nombor telefon dan saling mengenali antara satu sama lain,” ujarnya.

Selepas saling berkenalan, Elyana dapat merasakan bahawa Khairul ketika itu sudah mula menaruh minat padanya.

Apa yang Elyana tidak ketahui ketika itu ialah tindakannya menyembunyikan status sebagai seorang penyanyi sebenarnya memberi padah kepadanya.

Sehinggalah pada satu hari, Khairul mengajak Elyana dan rakannya meluangkan masa di sebuah pusat karaoke.

“Di situ Khairul dapat tahu yang saya seorang penyanyi kerana rakan saya telah memilih lagu saya sendiri untuk dinyanyikan.

“Pada mulanya dia ingatkan orang lain, tetapi bila dia lihat muka saya yang menyanyi dalam skrin itu, dia terus berubah,” kata Elyana.

Semenjak daripada insiden itu, Elyana merasakan Khairul seperti melarikan diri daripadanya. Lelaki itu rasa seperti ditipu oleh Elyana.

Itu yang membuatkan Elyana terpaksa mengorak langkah untuk kembali memikat hati Khairul sehinggalah mereka bertunang pada 12 Julai 2009 selepas lima tahun berkawan.

Saya lamar suami

Bercerita tentang lamaran, agak janggal pula jika wanita yang memainkan peranan ke hadapan apabila bercerita tentang perkahwinan.Itu yang dilakukan oleh Elyana. Dia sendiri mengambil keputusan melamar Khairul.

Segalanya bermula semasa hubungan mereka masih diperingkat pertunangan. Ketika itu, ada perselisihan faham sedikit antara mereka berdua.

Akibat daripada itu, hubungan mereka sedikit renggang dan masing-masing cuba membawa haluan sendiri.

Menurut Elyana, pada fasa itu, renggangnya hubungan mereka hinggakan dia cuba untuk mencari pengganti tunangannya.

“Sepanjang saya mencari itu, hati saya tetap pada Khairul. Saya tidak boleh lupakan dia menyebabkan saya yakin, dialah yang sepatutnya saya bersama,” jelasnya.

Namun, Khairul ketika itu sudah mendiam seribu bahasa. Dia seolah-olah merajuk dan tidak mahu langsung berbincang tentang perkahwinan.

Ketika itu, jelas Elyana, dia rasa perlu untuk dirinya mengorak langkah kehadapan menjernihkan kembali hubungan sekali gus melamar Khairul untuk menjadi suaminya.

“Saya tekad untuk membuat kejutan dengan melamarnya di Bangsar. Ketika itu, saya mahu tulis besar-besar atas kertas kadbod will you marry me?

“Bila dia balik kerja dan menuju ke kereta, dia jelas nampak terkejut dan pada masa yang sama agak malu kerana kejadian itu turut disaksikan oleh rakan-rakannya,” jelas Elyana tertawa.

Sejak daripada itu, hubungan mereka kembali rapat dan akhirnya, dua hati ini mencapai persetujuan untuk bergelar suami isteri pada 19 November 2010.

Lima tahun melayari bahtera perkahwian, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan Chinta Sumayyah, 4.

Elyana sangat manja

Melihat Elyana sebagai isteri dan ibu dari mata Khairul sendiri, lelaki itu jelas bersyukur dengan apa yang dimilikinya kini.

“Kami kahwin pada usia Elyana masih lagi muda. Namun, itu bukan penghalang untuk dia tidak memberikan yang terbaik sebagai ibu dan isteri,” jelasnya.

Tambah Khairul, sifat manja yang ada dalam diri isterinya menyebabkan anaknya begitu rapat dengan Elyana.

“Kalau cakap mengenai anak, Elyana memang rapat dengannya. Saya boleh katakan 95 peratus hubungan anak lebih rapat dengan Elyana berbanding saya,” jelasnya.

Namun, jelas Khairul, dia tidak cemburu melihat perkara itu apatah lagi penting buat seorang anak perempuan untuk rapat dengan ibunya.

“Lagi rapat, lagi bagus. Senang untuk berkongsi masalah antara mereka,” jelasnya.

Bercerita tentang lamaran, agak janggal pula jika wanita yang memainkan peranan ke hadapan apabila bercerita tentang perkahwinan.

Itu yang dilakukan oleh Elyana. Dia sendiri mengambil keputusan melamar Khairul.

Segalanya bermula semasa hubungan mereka masih diperingkat pertunangan. Ketika itu, ada perselisihan faham sedikit antara mereka berdua.

Akibat daripada itu, hubungan mereka sedikit renggang dan masing-masing cuba membawa haluan sendiri.

Menurut Elyana, pada fasa itu, renggangnya hubungan mereka hinggakan dia cuba untuk mencari pengganti tunangannya.

“Sepanjang saya mencari itu, hati saya tetap pada Khairul. Saya tidak boleh lupakan dia menyebabkan saya yakin, dialah yang sepatutnya saya bersama,” jelasnya.

Namun, Khairul ketika itu sudah mendiam seribu bahasa. Dia seolah-olah merajuk dan tidak mahu langsung berbincang tentang perkahwinan.

Ketika itu, jelas Elyana, dia rasa perlu untuk dirinya mengorak langkah kehadapan menjernihkan kembali hubungan sekali gus melamar Khairul untuk menjadi suaminya.

“Saya tekad untuk membuat kejutan dengan melamarnya di Bangsar. Ketika itu, saya mahu tulis besar-besar atas kertas kadbod will you marry me?

“Bila dia balik kerja dan menuju ke kereta, dia jelas nampak terkejut dan pada masa yang sama agak malu kerana kejadian itu turut disaksikan oleh rakan-rakannya,” jelas Elyana tertawa.

Sejak daripada itu, hubungan mereka kembali rapat dan akhirnya, dua hati ini mencapai persetujuan untuk bergelar suami isteri pada 19 November 2010.

Lima tahun melayari bahtera perkahwian, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan Chinta Sumayyah, 4.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan