DJ DAVE
DJ DAVE

Menurut Pengerusi YA1M, Datuk DJ Dave, sumbangan tersebut sebagai mengiktiraf jasa-jasa artis tempatan di sini yang menyumbang kepada bidang seni.

Katanya, seramai 900 artis seni di seluruh negara setakat ini telah menerima sumbangan tidak termasuk bantuan mereka yang masuk hospital dan sakit sejak 2012.

“Meskipun sumbangan ini tidaklah besar, ia merupakan pengiktirafan kepada semua artis veteran yang sudah berjuang dalam bidang seni.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan juga prihatin dengan seluruh golongan artis di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia dalam majlis penyampaian sumbangan YA1M yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pemegang Amanah YA1M, Datuk Yusof Haslam dan Datuk A. Rahman Hassan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu; Menteri Muda Belia dan Sukan negeri, Datuk Snowdan Lawan serta Timbalan Pengerusi Persatuan Penyanyi Anak Sarawak (PPAS), Matzen Kamri.

Dalam majlis itu, Nancy turut menyumbang RM10,000 kepada PPAS untuk terus menyumbang bakti kepada golongan seni yang memerlukan. - UTUSAN ONLINE