Pembikin filem berusia 67 tahun tersebut berada di festival filem Berlin untuk tayangan perdana filem terbarunya Shutter Island semalam, yang merupakan gandingan kali keempatnya bersama Leonardo Dicaprio.

"De Niro dan saya sedang bercakap mengenai sesuatu berkaitan dengan dunia itu," katanya kepada pemberita selepas majlis tayangan filem Shutter Island, di mana rata-rata penonton memberikan sambutan yang mengagumkan.

"Tiada keraguan mengenai perkara tersebut. Kami sedang mengusahakan perkara itu, namun ia adalah dari sudut pandangan seorang lelaki tua, perkara ini tidak akan pergi ke mana-mana," katanya.

Khabar angin menyatakan bahawa Scorsese mungkin sedang cuba menghidupkan hubungan kerjasama filem itu ketika para peminat mengimbau semula nostalgia filem lama seperti Raging Bull, Taxi Driver dan Cape Fear.

Kali terakhir kedua-dua individu berpengaruh di Hollywood itu dilihat bekerjasama adalah menerusi filem Casino pada tahun 1995.

Buat masa ini, perhatian diberikan terhadap Shutter Island yang menyaksikan DiCaprio yang berusia 35 tahun, memegang watak sebagai pegawai tentera Amerika Syarikat (AS), Teddy Daniels dalam filem seram psikologi di sebuah pulau yang merupakan 'rumah' kepada sebuah hospital psikiatri dengan tahap keselamatan yang tinggi.

Dalam filem yang diadaptasi daripada novel karya Dennis Lehane itu, Daniels dan rakannya, Chuck dibawa ke hospital tersebut untuk memburu seorang pembunuh yang terlepas daripada sel secara misteri tanpa meninggalkan sebarang kesan. - Reuters