Menurut kumpulan itu, mereka akan menamatkan kerjaya mereka dengan album terakhir berjudul Sting In The Tail yang akan dikeluarkan pada Mac dan sebuah konsert jelajah akan dimulakan di Jerman pada bulan Mei dan seterusnya ke seluruh dunia dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Pemain gitar Rudolf Schenker mengasaskan kumpulan itu di Hannover pada tahun 1965.

Penyanyi Klaus Meine menyertai kumpulan itu beberapa tahun kemudian dan kesemua anggota kumpulan berusia 61 tahun. - AP