Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sayangku Kapten Mukhriz: Alif Hadi dapat perhatian

 Alif Hadi

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Penampilan Alif Hadi, 28, dalam drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz bukanlah sebagai peneraju tetapi dia tetap mendapat perhatian ramai. Wataknya sebagai peguam Syamsul Baharin, tetap memberi impak kepada penonton.

Menurut Alif Hadi, dia tidak menghadapi masalah untuk melakonkan watak sebagai peguam kerana dia memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan Jenayah Ekonomi dari luar negara.

“Walaupun mempunyai kelulusan dalam bidang tersebut, setakat ini saya belum pernah mempraktikkannya kerana minat saya lebih terdorong kepada lakonan dan pengacaraan,” katanya yang pernah menyertai program realiti Fear Factor Malaysia pada 2012.

Biarpun sudah tampil dalam banyak drama, Alif yang masih bujang itu tidak merasakan dirinya popular kerana baginya berlakon adalah satu kerjaya dan bukan untuk meraih populariti.

Alif Hadi seorang yang mesra dan mudah menjalin persahabatan dengan sesiapa sahaja. Kalau nak tahu rahsianya, ikutilah video yang dirakam oleh wartawan HITS, Khadijah Ibrahim sewaktu sesi fotografi di Studio Utusan hari ini. - UTUSAN ONLINE.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan