Mula dibuka pada pertengahan tahun lalu, Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin menjelaskan, dia memiliki 10 peratus syer syarikat berkenaan.

Berdasarkan laporan MHETV, bengang dituduh selaku orang tengah atau barua kepada kaum Cina, bintang filem Castello itu membuat satu laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini.

“Memang saya marah atas tuduhan itu. Mereka bukan saja merosakkan reputasi perniagaan diceburi, tetapi nama baik saya sebagai selebriti.

“Biarlah mereka tak anggap saya tauke ST Rosyam Mart, tetapi menuduh saya sebagai barua amat keterlaluan!” tegasnya.

Baca artikel penuh di www.mhetv.my.