Bercakap secara ringkas kepada UTUSAN ONLINE, Khalid, 70 memberitahu, dia tidak tahu berhubung gambar tersebut namun menafikan kesihatannya uzur seperti dinyatakan dalam gambar yang tersebar di laman sosial itu.

“Alhamdulillah, saya sihat sahaja. Biasalah-biasalah, di usia emas ini. Saya pun hanya duduk di rumah dan meneruskan aktiviti menulis seperti biasa.

“Gambar itu? Ah, tak tahulah,” jawabnya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.

Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) 1999 menerusi lakonan hebatnya dalam filem Jogho itu popular dengan filem-filem antaranya Azizah The Legend dan Hanyut.- UTUSAN ONLINE