Itu kenyataan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat sekaligus menafikan dakwaan netizen yang mengatakan hubungannya dengan pelakon dan penyanyi, Janna Nick bermasalah.

Jelas Ayda, dia tidak mempunyai kaitan dengan Instastory Janna yang dimuat naik malam Ahad lalu dan dia mengakui hubungannya dengan pelakon Isteri Untuk Diiktiraf itu baik-baik sahaja.

“Saya dan Janna selalu berjumpa. Saya sendiri pernah datang ke set penggambaran dia dan Janna juga pergi datang set penggambaran saya. Kami pun selalu makan bersama. Tak ada apa-apa masalah pun dengan dia.

“Saya tak mahu peminat kami berbalah kerana isu yang tidak sepatutnya ada ini. Ini bukan salah media, Janna atau saya,” katanya yang ditemui ketika majlis tayangan program raya Media Prima di sini, semalam.

Janna baru-baru ini memuat naik Instastory ’memerli’ seorang pelakon yang disifatkan sebagai plastik dan berpura-pura dalam bersahabat.- UTUSAN ONLINE