Dalam perkongsian video pengasas produk berjaya itu di laman sosialnya, dia sempat bertanyakan kepada netizen, apa salah yang pernah dilakukannya sehingga menerima kecaman dan penghinaan yang jelas mengguris hatinya.

“Tak fikir ke penat jerih saya berlakon? Ingat saya berlakon percuma? Saya hendak bangun tidur pun sakit hati kerana penghinaan. Sabar saya ada hadnya. Belum tengok sudah kutuk.

“Pagi petang saya berlakon, apa yang dapat hanya kutukan. Saya buat apa dengan anda semua? Apa salah saya? Ramai yang puji dan saya tak bayar mereka pun untuk pujian semua itu.

“Kamu ingat saya kayu ke? Tunggul ke? Fikir sedikit perasaan saya. Tak baik menghina orang, dapat dosa sahaja. Baru pertama kali berlakon, sudah dikecam sebegini,” katanya dalam video tersebut.

Dalam pada itu, Aliff juga meminta agar semua peminat memberi peluang kepadanya sebagai pelakon baharu dan filem ‘Badang’ untuk bernafas terlebih dahulu sebelum mengecam.

“Ini adalah filem terbaik. Hasil kerja terbaik dan saya tahu, filem Badang boleh mengalahkan filem-filem lain,” katanya. - UTUSAN ONLINE