SASQIA DAHURI

Jelasnya, dia tidak risau seandainya dikecam peminat kerana watak tersebut kerana bagi pelakon ini, perkara tersebut membuktikan dia berjaya menjiwai watak tersebut.

Tambahnya, walaupun dia sebelum ini pernah beberapa kali membawakan watak jahat yang membuatkan penonton geram, namun tidak pernah sekali pun dia dikecam oleh peminat.

“Bukan saya menolak watak baik, saya terima semua tawaran asalkan jalan cerita bagus dan kena dengan jiwa saya. Cuma, bila kita berlakon watak ‘jahat’ ini, jiwanya berbeza.

“Jahat tak semestinya kena menjerit, pukul orang sana sini. Watak jahat ini macam-macam kita boleh buat. Ada watak antagonis yang memerlukan kita nampak suci baik tapi sebenarnya dengki dengan orang lain.

“Kalau mereka kecam itu tandanya saya berlakon baguslah. Saya patut gembira dengan perkara tersebut dan bukan sedih atau terasa hati. Penonton kita sekarang semua bijak dan boleh menilai,” katanya yang melancarkan koleksi rayanya sendiri dengan kerjasama jenama Shasya Habib baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE