SANTESH
SANTESH 

Memetik laporan berita di MHE TV, dalam satu hantaran di media sosialnya, Santesh mengakui kekhilafan yang tidak disengajakannya itu apabila dia dikecam oleh warganet atau netizen dan dilihat tidak mempunyai jati diri sebagai anak Malaysia.

Menurut penjelasan anak didik kepada Harry Khalifah ini, dia sedikitpun tidak berniat menghina atau pun mempersendakan bendera Malaysia.

Sebaliknya, ujarnya, dia memakai baju kemeja-t tersebut kerana menghargai pemberian orang kepadanya.

Sambil mengharapkan perkara ini tidak menjadi isu dan diperbesar-besarkan, Santesh berjanji tidak akan mengulangi kesilapan seperti itu di masa akan datang.

Penjelasan dan disusuli dengan permohonan maaf oleh Santesh juga dapat ditonton menerusi rakaman video di portal MHE TV. - UTUSAN ONLINE