Penganjurnya, Raja Ahmad Aminullah Raja Abdullah berkata, program tersebut juga menyediakan ruang dan peluang kepada generasi muda untuk mendalami bidang kesusasteraan. 



Menurut beliau, pendekatan yang diambil juga berbeza apabila persembahan diadakan dalam skala yang lebih kecil bagi memastikan penonton dapat menghayati persembahan setiap seniman.



“Program ini diadakan setiap Rabu minggu ketiga bermula November lalu dan bakal diteruskan pada masa akan datang.



“Generasi muda juga mula mengambil bahagian dalam program sebegini kerana ini adalah platform yang sangat berguna untuk mengembangkan bakat mereka,” katanya ketika ditemui selepas program Santai Seniman di Laman Seni RA Fine Arts, Kampung Pandan di sini malam ini.

-UTUSAN ONLINE