Malam ini, anak kelahiran Kuala Lumpur itu menjadi artis jemputan segmen live, Jom Chat yang dihoskan oleh Apak.

Bakat seni Sissy Imann mula-mula dikesan oleh komposer, AG Coco dan gadis yang berusia 22 tahun ini juga pernah berguru dengan Datuk Syafinaz Selamat untuk memantapkan vokalnya.

Kemunculan Sissy Imann di atas pentas pertandingan realiti televisyen, Big Stage banyak membantu mengukuhkan lagi namanya sebagai penyanyi wanita pelapis.

Selain Sissy Imann, artis undangan Jom Chat yang berdurasi selama satu jam, bermula pukul 9 malam ini ialah salah seorang anggota kumpulan Hyperact, Toy Nizam.

Toy kini mencuba langkah sebagai penyanyi solo dan bernaung di bawah label Cloudworks Entertainment.

Pasti para peminat Hyper Act tertanya-tanya, mengapa Toy mengambil langkah untuk bergerak sendiri tanpa rakan-rakan dalam kumpulan yang popular dengan lagu hits seperti Hanya Aku (sekadar menyebut judul lagu).

Untuk menonton segmen bual santai secara live, Jom Chat malam ini, para pelayar Utusan Online perlu daftar masuk ke Facebook Utusan Online, like page dan anda akan dapat notifikasi pada pukul 9 malam ini. - UTUSAN ONLINE